PENGURUSAN & PENTADBIRAN
'Menjana Generasi Unggul'
Scroll down for Guest Mode
OR
Log In for Teacher's Mode
Untuk Perkembangan Terkini :
'Menjana Generasi Unggul'
Scroll down for Guest Mode
OR
Log In for Teacher's Mode
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi Manual Pengurusan bagi sesi persekolahan 2025 ini berjaya dihasilkan sebagai panduan hala tuju kerja semua guru Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi. Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Guru Penolong Kanan, urus setia dan jawatankuasa pentadbiran yang telah berusaha dan bekerjasama merancang dan menyusun Manual Pengurusan ini. Saya berharap Manual Pengurusan ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga sekolah ini dan menjadikannya sebagai panduan dalam meyempurnakan tugas seterusnya meningkatkan kualiti tugas masing-masing. Manual Pengurusan ini juga merupakan salah satu eviden di dalam SKPMg2 berikaitan dengan bidang tugas guru.
Mendepani cabaran pendidikan dalam merealisasikan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang telah menjadi agenda penting negara untuk membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia, semua guru perlu memahami dan memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan pendekatan ke arah usaha meningkatkan kualiti kerja dan seterusnya pendidikan. Guru perlu kreatif dan inovatif supaya pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan lebih efektf, menarik serta menyeronokkan. Pelaksanaan PAK21 di dalam PdPc menjadi satu pendekatan yang sangat bertepatan pada masa dan keadaan.
Warga SK Bandar Baru Bangi perlu mempunyai iltizam yang padu bagi mengekalkan sekolah Kluster kecemerlangan menjadi pilihan ibu bapa, dengan mengutamakan kualiti dalam setiap tugas, seterusnya menjadikan sekolah ini sebagai sekolah berkualiti dan berimpak tinggi dalam MENJANA GENERASI UNGGUL. Diharapkan juga semoga segala usaha tersebut mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah swt.
Sekian, terima kasih
NORAINI BINTI SURIF
GURU BESAR
SK BANDAR BARU BANGI
1. Sistem pengurusan sekolah yang cekap dan berkesan menuju transformasi
2. Melahirkan pemimpin berkesan dan proaktif.
3. Menjadikan guru yang berkualiti
4. Pengurusan kewangan yang bersistem dan berintegriti
5. Budaya kerja berintegriti dan berkualiti dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah