GURU BESAR
SALINA BINTI ITHNINGPK 1
EMILY CHO HUEY LIANGPK HEM
AHMAD RIDZUAN BIN ABDUL RAHAMANGPK KOKURIKULUM
SHALIZA BINTI ISMAIL.
Sila klik LINK dibawah untuk ke pautan 👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
Johan Cup Peringkat Antarabangsa dalam Kejohanan Ragbi Cobra MBPJ U12 2024
Johan Cup Pasukan Tamuri Otter Peringkat Antarabangsa dalam Kejohanan Ragbi Cobra MBPJ U10 2024
Johan Cup Peringkat Antarabangsa dalam Kejohanan Ragbi Taglin Club, Singapore U12 2024
Johan Cup Pasukan Tamuri Otter Peringkat Kebangsaan dalam Kejohanan Ragbi Killerbee, Johor U10 2024
Pada 31 Oktober 2023 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Duta Sahsiah KARAKTER KARAMAH INSANIAH. Majlis ini telah dirasmikan oleh Sarjan Azmir Ismet Bin Jonet (Pegawai Perhubungan Sekolah) .Turut hadir bersama adalah NYDP PIBG SKTMR,En. Norman Bin Sapar dan konstable Muhammad Hakimi bin Zamrudi. Seramai 70 orang murid telah diangkat menjadi duta sahsiah sekolah kerana menunjukkan akhlak dan peribadi yang cemerlang dan terpuji sepanjang sesi tahun ini. Semoga murid-murid ini dapat menjadi suri teladan dan pemangkin kepada murid yang lain.
Minggu solidariti palestin peringkat sekolah telah berlangsung bermula 29 Oktober 2023 yang lalu. Pelbagai program telah diatur oleh pihak sekolah sepanjang minggu ini termasuklah pertandingan tiktok, tayangan video, tabung sumbangan, melukis poster dan mewarna. Tujuan program adalah untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang nilai kemanusiaan. Semoga semua warga mendapat manfaat daripada program yang dijalankan.
Alhamdulillah penilaian jom hijau MBIP bagi tahun 2023 telah berlangsung dengan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan bagi semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga kejayaan milik SKTMR tahun ini. InsyaAllah.
Tahniah diucapkan kepada Cikgu Norazlan Bin Ahmad (GPK KOKurikulum SKTMR) yang telah mengharumkan nama negara dan SKTMR dalam bidang seni apresiasi karya. Projek kali ini Cikgu Azlan ditemani dengan 3 pelukis dari negara berbeza termasuk Cikgu Azlan dari Malaysia.Tahniah kepada SKTMR kerana telah mendapat cenderamata daripada Yayasan Warisan Johor kerana telah menyertai program bicara seni oleh pelukis 4 negara.
Sedang berlangsung adalah perlumbaan pertandingan membina bandar menggunakan lego anjuran Legoland Malaysia. SKTMR telah menghantar 3 kumpulan yang terdiri daripada 15 murid dan 3 guru pembimbing bagi tiap-tiap kumpulan. Tahniah ibubapa kumpulan pertandingan Lego yang telah meluangkan masa, tenaga dan memberi sumbangan lego bagi projek ini. Semoga keyaan milik SKTMR.
Alhamdulillah terima kasih kepada semua ibubapa dan murid-murid SKTMR yang telah menyumbang ke dalam tabung kebajikan setiap hari. Pelbagai manfaat murid yatim dan asnaf SKTMR telah terima hasil kutipan tabung derma kebajikan. Antara manfaat tersebut ialah :
Iftar di Hotel New York Johor Bahru, Beli Baju Raya di Mydin Mall Mutiara Rini , Jamuan Berbuka Puasa di Mbip , Jamuan berbuka puasa di Masjid Al-Jawaher Mutiara Rini, Bakul Ramadan dari Hamba Allah penduduk Sri Pulai Perdana 2 , Bakul Ramadan dari Bulan Sabit Merah Malaysia , Duit Raya. Tahniah Team Kebajikan HEM SKTMR.
Alhamdulillah tahniah kepada semua murid yang telah menyertai pertandingan dan perujian anjuran MAKDIS dan Panitia Bahasa Arab.
Antara pertandingan yang dianjurkan ialah :
1. Pertandingan Selawat tahap 1 & 2
2. Perujian Hafazan Al-Quran tahap 1 & 2
3. Perujian Tilawah Al-Quran tahap 1 & 2
4. Pertandingan Kad Hari Raya tahap 1 & tahap 2
5. Kuiz Ihya’ Ramadan tahap 2
6. Pertandingan Mewarna tahap 1
Tahniah Team Majlis Kegiatan Dakwah Sekolah (MAKDIS) SKTMR
Terima kasih banyak kepada murid-murid dan ibubapa yang sering menghantar bahan kitar semula untuk membantu pihak sekolah dalam program kitar semula peringkat negeri Johor. Makluman penghantaran barang kitar semula adalah sepanjang tahun sesi akademik 2023/2024.Antara bahan kitar semula yang boleh dihantar ialah : Kertas , Kaca , Plastik, Pakaian Semua bahan kitar semula
Berakhirlah sudah selama hampir sebulan murid-murid tahun 1 mengikuti minggu transisi tahun 1 di SKTMR. Murid-murid tahun 1 dilihat seronok sepanjang persekolahan dan tiada lagi jerit menangis sepanjang hari di sekolah. Rata-rata mereka senyum indah walaupon tahun pertama mereka di sekolah rendah.Tahun ini juga buat pertama kali ibubapa dijemput hadir bagi memeriahkan majlis penutupan transisi tahun 1 sesi akademik 2023/2024.
Alhamdulillah buat julung kalinya Unit Bantuan & Kebajikan Hal Ehwal Murid (HEM) SKTMR telah meraikan anak-anak yatim dan Kurang berkemampuan untuk berbuka puasa di Hotel New York. Terima kasih ibubapa dan murid-murid SKTMR yang telah memberikan sumbangan dan pihak sekolah berharap sumbangan dapat diteruskan untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang telah kehilangan ibubapa dan murid kurang berkemampuan.
Julung-julung kalinya sejak 2014 IMELC diperkenalkan SKTMR telah terpilih untuk menjadi Finalis IMELC dengan pameran booth dan stesen rendah karbon.SKTMR juga telah terpilih untuk Finalis pertandingan Sustainable Development Goals (SDG).Tahniah kepada warga SKTMR ibubapa, guru dan murid yang telah bersusah payah mengharumkan nama SKTMR sebaris dengan juara-juara IMELC RCE SDG LESTARI sekolah-sekolah negeri Johor.Semoga 2023 SKTMR akan terus memacu kejayaan berganda dalam semua pertandingan IMELC RCE SDG LESTARI.Tahniah TEAM IMELC & LESTARI SKTMR.
MTV: https://www.youtube.com/watch?v=sCQp-AWTrkw
Dukacita dimaklumkan Ustaz Khairun Nizar Bin Mat Isa telah berpindah ke SK Ladang Pendas PPD Johor Bahru.Ustaz Khairun Nizar telah berkhidmat di SKTMR sejak tahun 2006 lagi. Sesungguhnya terlalu banyak jasa dan sumbangan beliau kepada pihak sekolah. Semoga Allah membalas setiap kebaikan beliau dengan sebaik-baik ganjaran didunia dan Akhirat.Marilah kita mendoakan beliau terus berjaya dalam perkhidmatan di sekolah baru. Nama beliau tercipta dalam memori kenangan manis warga SKTMR.
Alhamdulillah Karnival Tahun 6 - Mini Fun Fair dan Hari keusahawanan telah dapat dijalankan dengan jayanya dan kerjasama warga sekolah.Objektif program tersebut adalah ingin membentuk sikap kerjasama dalam sesuatu projek dan membuatkan suasana gembira dalam kalangan semua murid SKTMR.Semoga murid-murid SKTMR terus gembira bersekolah di SKTMR.Tahniah TEAM KECEMERLANGAN TAHUN 6 SKTMR
Pada 21 September 2022, telah berlangsungnya pemantaun daripada juri-juri profesional bagi program kelasterian 2022. Pihak sekolah telah menggembleng tenaga dan masa dalam usaha menaiktaraf infrastruktur dan penghijauan sekolah bagi persiapan program ini selain memberikan suasana yang lebih kondusif serta memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam diri warga SKTMR. Diharap sekolah kita akan berjaya memperoleh kemenangan bagi program ini : MTV https://www.youtube.com/watch?v=XKOP1Hw5EPo
Seperti tahun-tahun kebiasannya, sambutan kemerdekaan telah dijalankan sepanjang bulan ogos. Terdapat pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna, pakaian beragam, tayangan video kemerdekaan dan banyak lagi telah dijalankan. Kemuncak sambutan telah berlangsung dengan gilang gemilang pada 15/9/2022 iaitu sehari sebelum sambuatan Hari Malaysia di mana semua warga SKTMR telah berarak keliling sekolah bagi memeriahkan majlis dan turut serta dalam pertandingan perarakan kemerdekaan peringkat sekolah. : MTV https://www.youtube.com/watch?v=cKOzhxFjFns
Alhamdulillah, pada 24 Ogos 2022 pihak sekolah dengan jayanya telah berjaya menyediakan studio bagi rakaman program dan aktiviti kewartawanan sekolah yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Omar. Studio MTV telah dilengkapi dengan pelbagai alatan rakaman dan bilik operasi MTV juga telah berjaya dinaiktaraf. Setingi-tinggi ucapan terima kasih buat semua pihak yang banyak menyumbang tenaga, masa dan kewangan bagi merealisasikan pembikinan studio ini. : MTV https://www.youtube.com/watch?v=KAobkuRS-IY
STAR PROGRAM telah diwujudkan bagi mengasah bakat murid dalam pelbagai bidang sukan disamping mencari pelapis bagi mewakili sekolah dalam arena sukan ke peringkat tertinggi. Lebih dari 10 sukan yang telah diketengahkan, antaranya termasuklah, bola jaring, skuasy, ragbi, bola sepak, golf, renang, bowling, bola tampar, badminton, catur, olahrag dan balapan dan bola baling. Syabas buat semua jurulatih yang sentiasa komited dan tahniah buat semua murid yang terlibat. Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik SKTMR.
Buat julung-julung kalinya, panitia Bahasa Inggeris dan Sains telah bergabung bagi menjayakan sebuah Karnival yang bertemakan haiwan. Pelabgai aktiviti seperti pertandingan mewarna,kuiz, pameran sains,action songs dan banyak lagi telah diadakan. Tahniah buat semua pemenang dansyabas buat semua murid yang berani menyertai semua pertandingan sepanjang karnival ini berlangsung : MTV https://www.youtube.com/watch?v=aGDms80eJco
Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan minggu Bahasa Melayu pada 20 Jun yang lalu. Terdapat pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya ialah pertandingan syair, bercerita dan nyanyian. Sekalung tahniah buat semua pemenang dan syabas buat yang berani mencuba : MTV https://www.youtube.com/watch?v=hPzyfNmmo6w
Alhamdulillah , sambutan hari guru pada tahun ini dapat diadakan secara bersemuka setelah dua tahun tidak dapat dijalankan kerana pandemik. Sambutan pada tahun ini sangat meriah dan guru-guru menggayakan busana yang bertemakan pantai. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah sukaneka, persembahan dan tayangan montaj. : MTV https://www.youtube.com/watch?v=Xcv5EXHcmrI&t=57s
Program Mutiara Gemilang pada tahun ini diteruskan lagi. Walaupun terpaksa dijalankan secara maya, namun guru-guru sangat komited dalam menjayakan program ini. Penerangan tentang aktiviti dan hala tuju murid-murid tahun 6 telah disampaikan secara LIVE melalui saluran youtube sekolah. : MTV https://www.youtube.com/watch?v=1qze7XG34Z0
Sumber : MTV https://www.youtube.com/watch?v=-1v_OBHIk7c https://www.youtube.com/watch?v=FMjlINcMCs8
Selamat datang buat Puan Guru Besar baru SKTMR iaitu Puan Salina binti Ithnin. Kedatangan puan sangat dialu-alukan dan semoga membawa lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan di sekolah ini. Sumber : MTV https://www.youtube.com/watch?v=mE35MymlnV0
Sambutan hari kanak-kanak peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya walaupun dengan kawalan SOP yang ketat Tema kerjaya di masa hadapan telah dipilih bagi memeriahkan sambutan pada tahun ini. Murid-murid kelihatan cantik dan segak berpakaian dalam uniform/busana pilihan masing-masing. Sumber : MTV https://www.youtube.com/watch?v=1jLyzCc1emc
Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa tiga guru SKTMR yang akan berpindah mengajar ke sekolah yang lain. Ketiga-tiga guru tersebut ialah (Pn Nafisah, Pn Khairiah dan Pn Asyikin). Diucapkan selamat maju jaya bagi ketiga-tiga guru ini. Semoga mereka terus cemerlang di tempat baru. Sumber : MTV https://www.youtube.com/watch?v=RrQmyKcIgG0 , https://www.youtube.com/watch?v=EXjepQ99Mlw
Alhamdulillah, bermulanya, 24 Oktober 2021, murid-murid akan kembali bersekolah secara bersemuka dengan dimulakan oleh murid-muird pra sekolah yang akan hadir ke sekolah tanpa sistem penggiliran. Diikuti oleh murid Tahap 1 (kumpulan B) pada minggu berikutnya iaiatu 8 November 2021. Pada 14 November 2021 semua murid dari tahun 1-6 akan hadir ke sekolah secara bergilir dengan dimulakan oleh murid dari kumpulan A. Sumber : MTV https://youtu.be/7PhBYYKT2a8
Pada 4 November 2021 warga SKTMR telah menerima berita duka dengan pemergian Puan Rodziah binti Abas selaku guru besar SKTMR pada ketika itu. Bacaan Yaasin dan tahlil telah dilaksanakan dalam talian. Almarhumah dikenali sebagai seorang yang sangat pemurah dan penyayang. Semoga roh Almarhumah di tempatkan dalam kalanagan orang-orang yang beriman. Sumber : MTV https://www.youtube.com/watch?v=HWtRPjnZmXg
Hadha min fadli Rabbi...Alhamdulillah , pada tanggal 19 Oktober 2021 pihak sekolah dengan jayanya telah mengadakan ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul 2021/1443H bagi memperingati bulan kelahiran Baginda Rasulullah SAW. Semua warga SKTMR telah dijemput mendengar ceramah yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Uztaz Mohd Fadli bin Othman (Jurulatih Dakwah sekolah-sekolah Menengah Negeri Johor) melalui pautan Google Meet yang disediakan. Al Fadil Uztaz Fadli telah membawa topik Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti dalam sesi ceramah tersebut. Terdapat juga sesi kuiz di akhir slot dan lima pemenang dalam kalangan murid-murid SKTMR telah dipilih sebagai penerima hadiah. Jutaan terima kasih buat Al Fadil Uztaz kerana sudi berkongsi ilmu dan sekalung tahniah buat para pemenang.
Sumber : MTV https://youtu.be/bk8EdSGKJ6s
Pada tanggal 12 Oktober 2021 telah berlangsungnya majlis penutupan bulan kemerdekaan peringkat sekolah secara dalam talian. Majlis dilaksanakan secara langsung (live) melalui platform youtube rasmi sekolah (MTV). Kelihatan murid-murid begitu bersemangat menyertai program yang dijalankan. Kebanyakkan murid telah sedia menunggu untuk majlis pelancaran penutupan bulan kemerdekaan seawal jam 9.00 pagi lagi dengan mengenakan baju KRMJ.
Sumber : MTV https://www.youtube.com/watch?v=Dp2tL9ir46U
Sumber : MTV https://www.youtube.com/watch?v=roSmE7tqdDk
https://www.youtube.com/watch?v=oIa_lu_KGL4
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-64 kepada semua rakyat Malaysia. Berita baik buat anak-anak murid SKTMR, pihak sekolah tetap meneruskan sambutan bulan kemerdekaan tahun ini walaupun hanya sekadar dalam talian. Acara pembukaan bagi sambutan kemerdekaan peringkat sekolah telah dilaksanakan pada 22 Ogos 2021. Sepanjang bulan kemerdekaan, pelbagai pertandingan akan dijalankan seperti nyanyian lagu patriotik, video kreatif, mewarna poster kemerdekaan dan banyak lagi. Murid-murid digalakkan untuk menyertai pertandingan yang diadakan kerana sijil penyertaan akan disediakan dan hadiah menarik menanti para pemenang. Murid-murid boleh rujuk guru kelas masing-masing bagi mengetahui maklumat lanjut tentang pertandingan-pertandingan yang dijalankan.
Hadha min fadli Rabbi...Alhamdulillah, pada 30 Ogos 2021 telah berlangsungnya Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Hari Kebangsaan yang dipimpin oleh Ustaz Rozaiherman bin Md Aros. Seluruh warga SKTMR dan ibu bapa dijemput hadir. Majlis diadakan menggunakan platform Google Meet di pautan (LINK: https://meet.google.com/amg-cigo-mts). Semoga kita semua bersyukur di Bumi Malaysia yang aman makmur dan kita semua dilindungi dari wabak & bahaya serta diberi kesembuhan dan kemudahan buat yg sedang sakit atau dalam kesusahan.
Pihak sekolah telah mengajurkan satu program khas iaitu slot keibubapaan bagi membantu ibu bapa untuk menguruskan anak-anak mereka dengan lebih baik terutamanya di musim pandemik ini. Program ini adalah hasil kerjasama Champion Training dan telah dilaksanakan pada 7 Ogos 2021 secara langsung menerusi Youtube sekolah (MTV). Semua ibu bapa warga SKTMR telah dijemput untuk menyertai program ini yang disampaikan oleh ahli panel jemputan iaitu Dr Sufi Romele.
Sumber : MTV https://www.youtube.com/watch?v=wF7pNwPA1KI&t=985s
Ucapan sekalung tahniah buat krew MTV (youtube rasmi SKTMR) kerana telah berjaya maju setapak ke hadapan. Dan jutaan terima kasih buat semua subcribers and penonton setia youtube sekolah kami. Diharapkan sokongon anda berterusan di masa hadapan. Semoga MTV maju jaya dan dapat melahirkan lebih ramai wartawan cilik yang berkaliber.
Sumber : MTV https://www.youtube.com/watch?v=ztILxmblXwk
Pada 21 Ogos 2021 , telah berlangsungnya Majlis Lambaian Kasih Budimu Dikenang secara dalam talian. Majlis ini merupakan majlis perpisahan buat tiga bekas guru SKTMR iaitu (CIKGU KARTINA DAHALAN, CIKGU MOHD EHSAN RADUAN dan CIKGU NOOR ASHIKIN MOHD ZIN) . Ketiga-tiga guru ini akan menyambung perkhidmatan mereka di sekolah yang baru. Selamat maju jaya buat ketiga-tiga guru ini di tempat baru. Ilmu, jasa dan sumbangan dari kesemua mereka sepanjang berkhidmat di SKTMR sangat-sangat dihargai dan ragam serta keletah mereka juga pasti dirindui oleh semua rakan-rakan seperjuangan serta anak-anak didik mereka di SKTMR.
Sumber : MTV https://www.youtube.com/watch?v=_s2ae1ugLQ4&t=585s
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua warga SK Taman Mutiara Rini. Di harapkan rakaman video takbir raya ini dapat memeriahkan sambutan hari raya buat semua warga SKTMR. Kami pasti murid-murid sudah tentu merindukan suasana kemeriahan menyambut sambutan hari raya di sekolah. Mari kita sama-sama mendokan kesejahteraan buat semua warga SKTMR dan semoga pandemik ini segara berakhir.
Sumber : MTV https://www.youtube.com/watch?v=I5JlSjT-zoY
Berikut merupakan antara penyertaan murid-murid SKTMR dalam pelbagai pertandingan di segenap peringkat dan kategori. Antara pertandingan yang telah dimasuki oleh murid-murid ini adalah pertandingan Bicara Buku, Video Kreatif Keselamatan Siber, Membuat Roket, Hafazan, Nyanyian Lagu Patriotik dan banyak lagi. Tahniah dan syabas diucapkan buat murid-murid yang berani mencuba. Semoga terus suskes dan dapat mengharumkan lagi nama sekolah kita.
Ucapan hari raya dari murid-murid kelas 5 Diamond 2021 ini didedikasikan khususnya kepada warga Sk Taman Mutiara Rini dan amnya kepada seluruh umat Islam. Walaupun, sambutan Aidil Fitri tahun ini agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, namun kemeriahnnya masih dapat kita sambut dengan norma yang baru. Moga-moga semua warga SKTMR berada dalam keadaan yang sihat dan gembira bersama insan yang tersayang.
Sumber : MTV https://www.youtube.com/watch?v=kICCc_n-B4U&t=16s
PERLAKSANAAN IHYA' RAMADAN 2021 SECARA DALAM TALIAN
SALAM RAMADAN 1442 H
Sumber : MTV https://www.youtube.com/watch?v=b7GfyZMpbcs&t=68s
AKTIVITI SEPANJANG IHYA' RAMADAN 2021
Sumber : MTV https://www.youtube.com/watch?v=wjQAEOAuU6M&t=7s
LITERASI MAKLUMAT : PAMERAN BERKALA
Unit perpustakaan sekolah mendedahkan murid-murid tentang bahagian-bahagian buku dan teknik proses buku secara dalam talian. Ini adalah satu inisiatif penyampaian literasi maklumat yang baru kerana kekangan waktu bersemuka bersama murid akibat pandemik. Sumber : MTV https://www.youtube.com/watch?v=xW1wG42nxwE&t=4s
PERLAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM TALIAN SESI 2021
Aktiviti kokurikulum dalam talian dilaksanakan pada setiap hari Sabtu minggu kedua dan keempat setiap bulan. Murid-murid bolah melayari YOUTUBE official sekolah iaitu MutiaraTV Official atau klik link disebelah https://www.youtube.com/channel/UCI1PuVUNVuJc7Z1XCnAMRPw/videos bagi mendapatkan update terkini tentang perlaksaan aktiviti kokurikulum. (sila lihat halaman unit kokurikulum bagi rincian maklumat perlaksanaan kokurikulum dalam talian.)
PELANCARAN NILAM 2021 SECARA DALAM TALIAN PADA 4/4/2021
LAPORAN TENTANG PERAYAAN TAHUN BARU CINA OLEH WARTAWAN CILIK MTV
LAPORAN TENTANG KAWASAN SEKOLAH OLEH WARTAWAN CILIK MTV
Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih telah dilaksanakan secara dalam talian. Majlis ini merupakan majlis persaraan bagi menghargai jasa salah seorang mantan guru di SKTMR iaitu Cikgu Fauziah binti Atan.
Sumber: MTV https://www.youtube.com/watch?v=KCOs8OIxWis
Program Welcoming to School sesi 2021 telah dilaksanakan secara LIVE di Facebook Rasmi SKTMR Official bertujuan bagi meraikan pembukaan sekolah pada tahun ini. Murid-murid dikehendaki membuka pautan Facebook rasmi sekolah bagi mengikuti program tersebut.
Sumber : MTV https://www.youtube.com/watch?v=YfPI_7dMkaU&t=550s
PROGRAM JDT PUASA CHALLENGE 2020 (JDT PUCHA 2020)
YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia Dan Sukan telah bermesyuarat dan membuat satu perbincangan khas bersama Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Johor bagi mempromosikan Program ini untuk penglibatan penyertaan pelajar-pelajar sekolah di negeri Johor.
Program yang telah berlangsung sejak Jumaat, 24 April hingga 20 Mei 2020 ini bertujuan menggalakkan orang ramai mempromosi dan mengekalkan gaya hidup sihat sepanjang bulan Ramadan dan juga ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
JDT PUCHA 2020 ini diinspirasikan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dengan penyertaan terbuka kepada semua Bangsa Johor dan rakyat Malaysia.
Acara ini mengetengahkan konsep penjagaan kesihatan dan pemakanan yang betul menerusi siri video pendidikan serta beberapa cabaran yang di tetapkan melalui penyertaan di media sosial. Beberapa pemain JDT turut akan terlibat dalam cabaran ini dan kami akan kongsikan video yang dirakamkan oleh para pemain tersebut mulai 28 April ini.
Program ini merupakan usahasama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kerajaan Negeri Johor. Turut memberi sokongan dalam program ini adalah Menteri Besar Johor YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Belia dan Sukan YB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Majlis Sukan Negeri Johor, Majlis Belia Negeri Johor, Yayasan JDT, Tourism Johor dan Sekretariat SUKMA.
Hadiah berupa beberapa buah telefon bimbit jenama terkemuka, wang tunai dan hadiah saguhati disediakan kepada para pemenang yang akan dipilih dan diumumkan pada 20 Mei 2020. Mekanisma pertandingan akan diumumkan kelak. Nantikannya!
Ayuh sama-sama kita sertai JDT PUCHA 2020 dan terus kekal sihat. Luaskan Kuasamu Johor.
#Cara untuk sertai boleh rujuk poster di bawah atau boleh layari page Johor Shoutern Tiger dan Majlis Sukan Negeri Johor.
Page Rasmi Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ)
https://www.facebook.com/115945638446242/posts/3980112332029534/?sfnsn=mo
Page Rasmi Johor Shoutern Tiger (JST)
https://www.facebook.com/208453185984655/posts/1662305987266027/?sfnsn=mo
Youtube rasmi JPNJ :
Official JPN Johor
https://m.youtube.com/channel/UCkHRMXgLUin9aLYBkNJW6Ew
Facebook rasmi JPNJ :
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/
Instagram rasmi JPNJ :
@jpnjohormedia
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/
Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
PERTANDINGAN YANG DIANJURKAN OLEH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR SEPANJANG TEMPOH PKP INI.
Berikut merupakan tarikh tutup dan bilangan terkini penyertaan dalam setiap pertandingan yang dijalankan.
AKTIVITI PERTANDINGAN PADA 14. 04.2020
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1254270858104653&id=151609215037495
*PERTANDINGAN MEWARNA, MENULIS KARANGAN DAN MENULIS ARTIKEL
Tarikh Tutup : 31.05.2020
Bil peserta terkini yang menyertai : Menunggu Jawapan daripada pihak Tourism Johor
*********************************************
AKTIVITI PERTANDINGAN PADA 15.04.2020
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=154737022717072&id=105109091013199
*PERTANDINGAN SUKAN ELEKTRONIK SEKOLAH-SEKOLAH JOHOR SIRI 1 TAHUN 2020 Tarikh Tutup :
Bil peserta terkini yang menyertai : Telah ada pemenang
Sila layari link FB di sini untuk semak keputusan :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1260665450798527&id=151609215037495
*********************************************
AKTIVITI PERTANDINGAN PADA 16.04.2020
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1255590901305982&id=151609215037495
PERTANDINGAN MONOLOG
Tarikh Tutup : 30.05.2020
Bil peserta terkini yang menyertai : 6 penyertaan
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1255592377972501&id=151609215037495
PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER
Tarikh Tutup : 30.04.2020
Bil peserta terkini yang menyertai : 140 penyertaan
********************************************
AKTIVITI PERTANDINGAN PADA 17.04.2020
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1256423587889380&id=151609215037495
PERTANDINGAN SUARA EMAS
Tarikh Tutup : 10.05. 2020
Bil peserta terkini yang menyertai :
SK = 11 penyetaan
SM = 15 penyertaan
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1256446311220441&id=151609215037495
PERTANDINGAN DOODLES
Tarikh Tutup : 30. 04.2020
Bil peserta terkini yang menyertai : 499 penyertaan
*********************************************
AKTIVITI PERTANDINGAN PADA 18.04.2020
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1257322004466205&id=151609215037495
JOM ANAK BERCERITA @Johorfm
Tarikh Tutup : 23.04.2020
Bil peserta terkini yang menyertai : Telah ada pemenang
Sila layari link FB untuk keputusan pemenang :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1263155147216224&id=151609215037495
*********************************************
AKTIVITI PERTANDINGAN PADA 19.04.2020
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1258179364380469&id=151609215037495
CABARAN SOLO PENGATURCARAAN SCRATCH JOHOR
Tarikh Tutup : 30.04.2020
Bil peserta terkini yang menyertai : 96 penyertaan
*********************************************
AKTIVITI PERTANDINGAN PADA 20.04.2020
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1258872857644453&id=151609215037495
PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI SAJAK COVID-19
Tarikh Tutup : 10.05.2020
Bil peserta terkini yang menyertai : 10 penyertaan
*********************************************
AKTIVITI PERTANDINGAN PADA 21.04.2020
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1260457664152639&id=151609215037495
PERTANDINGAN JOM BERINOVASI PERINGKAT NEGERI JOHOR
Tarikh Tutup : 15.05.2020
Bil peserta terkini yang menyertai : 5 penyertaan
*********************************************
AKTIVITI PERTANDINGAN PADA 23.04.2020
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1261266754071730&id=151609215037495
TKRS IDOL : DUIT RAYA UNTUK KADET
Tarikh Tutup : 30.06.2020
Bil peserta terkini yang menyertai : 5 penyertaan
Facebook rasmi SK TAMAN MUTIARA RINI :
https://www.facebook.com/SKTamanMutiaraRiniOfficial/
16 APRIL 2020 | KHAMIS @HOME
[TULISAN JAWI CANTIK SIRI 3]
Ingin mengisi masa lapang ketika PKP ini? Sertai Pertandingan #Tulisanjawicantiksiri3 yang berlangsung bermula 16 April hingga 26 April 2020.
Kongsikan karya anda menggunakan kaedah tulisan jawi tercantik anda bagi ayat ini: “KEKAL SELAMAT. KEKAL SIHAT. PUTUSKAN RANGKAIAN WABAK COVID-19”
Anda hanya perlu:
1. ‘Like’ akaun Instragram @johorcorporationofficial.
2. Muatnaik swafoto bersama karya anda beserta #tulisanjawicantiksiri3 dan #JohorCorporation
3. Pastikan tetapan akaun dalam mod ‘public’.
4. 10 karya yang mendapat jumlah LIKE tertinggi dan memenuhi syarat dan terma pertandingan akan dinilai oleh juri.
5. Hadiah keseluruhan berupa wang tunai dan barangan bernilai melebihi RM1,600.00
*Sila rujuk highlight untuk terma dan syarat pertandingan.
Anda juga dinasihatkan untuk terus menyokong saranan #dudukrumah sepanjang tempoh PKP ini bagi membantu menamatkan penularan wabak COVID-19.
#TeamJCorp #MembinaDanMembela #tulisanjawicantiksiri3 #dudukrumah #stopcovid19 #covid19#SekolahKlusterKecemerlangan
[CARA LOGIN GOOGLE CLASSROOM]
Di sepanjang CUTI covid19 ini...
Murid2 dianjurkan untuk membuat latihan secara maya (e -pembelajaran)menggunakan GOOGLE CLASSROM yg telah disediakan oleh KPM dalam google classroom terdapat pelbagai latihan online yg diberi guru:
>Didik online
>laman bacaan buku secara online
>education games yang bersesuaian
Murid2 ,bole ikut manual dalam gambar di atas ini untuk join GOOGLE CLASSROOM.
ID GOOGLE CLASSROOMboleh diperolehi daripada Guru kelas masing-masing..
>>>>>~>>>>>>>>MAKLUMAN GOOGLE CLASSROOM<<<<<<<<<<<<<<<<<<
>Kami mendapat maklum, terdapat kerungsingan pada ibu bapa tentang penggunaan platform e pembelajaran ini terutama dalam kalangan parents yg tidak mempunyai capaian internet dan kemudahan ICT
>jgn cemas tuan/puan... TIADA PAKSAAN dalam penggunaan google classroom
>latihan dalam google classroom hanya sekadar mengisi masa lapang. SUKA2 atau FUN LEARNING sahaja.Tiada kaitan dengan pemarkahan atau sebagainya.
>anggaplah platform ini sama dengan website pembelajaran yg lain ...sama sahaja... kt buka bila kt nak buka. InsyaAllah ada kebaikannya.
>murid yg x dapat melayari platform ini masih berpeluang menggunakannya bersama GURU-GURU mereka di sekolah nanti
>murid- murid yg berasa seronok menggunakannya... bole lah terus menggunakan platform ini... bagi murid yg lebih gemar belajar menggunakan buku latihan biasa juga x mengapa... bolehlah pilih ikut kesesuaian mereka
24.1.2020 | JUMAAT
[GOTONG ROYONG KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS & BILIK KHAS]
Terima kasih kepada semua ibubapa SK Taman Mutiara Rini yang bersusah payah berkorban masa, wang dan tenaga untuk kebersihan dan keceriaan kelas anak-anak.
Terima kasih juga kepada guru-guru yang berkorban masa, wang dan tenaga untuk gotong royong kebersihan dan keceriaan kelas dan bilik khas.
Semoga SK Taman Mutiara Rini terus unggul dalam bidang pendidikan hasil kerjasama erat ibubapa dan guru.
22.1.2020 | RABU
[JEMPUTAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2020]
Kelab Rukun Negara telah dijemput ke Sambutan Tahun Baru Cina 2020 bertempat di SJKC Ping Ming Johor Bahru.
Kelab Rukun Negara yang diketuai Cikgu Rashidah Binti Rashid telah memenuhi undangan tersebut dengan menghantar 3 orang guru dan 10 murid.
Terima kasih kepada SJKC Ping Ming kerana telah menjemput dan sekaligus meraikan 2 orang guru SKTMR yang berbangsa Cina iaitu Guru Penolong Kanan Kurikulum Puan Emily Cho Huey Lian dan Puan Hoo Sow Ling.
18.1.2020 | SABTU
[PELANCARAN PROGRAM MUTIARA GEMILANG TAHUN 2020]
Terima kasih kepada ibubapa, guru-guru dan calon 6A PPSR tahun 2020 yang hadir ke pelancaran program Mutiara Gemilang tahun 2020.
Semoga idea, usaha dan aktiviti sepanjang tahun 2020 ini akan memberikan sokongan untuk semua calon SKTMR mendapat kejayaan 6A.
1.1.2020 ~ 16.1.2020 | RABU
[PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2020]
Pada tahun 2020, buat pertama kalinya murid tahun 1 yang berdaftar seramai 179 orang dan paling ramai sejak penubuhan sekolah ini.
Antara aktiviti sepanjang transisi ialah pembelajaran menggunakan modul transisi, murid dibawa bersiar-siar melawat kawasan sekeliling sekolah, memperkenalkan murid dengan bilik-bilik khas seperti kantin, bilik gurup dan tandas.
Selain itu aktiviti sukaneka turut diadakan bagi meraikan murid-murid dan pengisian majlis penutup transisi dengan persembahan nyanyian dari setiap kelas.
Tahniah kepada penyelaras program transisi iaitu Cikgu Roshidah Binti Bohhari dan semua guru tahun 1 yang melaksanakan program transisi dengan jayanya.
1.1.2020 | RABU
[HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN TAHUN 2020]
Tahniah kepada semua murid-murid, guru-guru dan warga SK Taman Mutiara Rini yang dapat hadir hari pertama persekolahan tahun 2020.
Inisiatif Pihak sekolah menyambut kehadiran murid-murid dengan menyediakan 30 hadiah kepada murid-murid yang hadir awal adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Guru Besar, Barisan Guru Penolong Kanan, Guru Kaunseling dan Yang Dipertua PIBG Tuan Hj Mat Jaid Bin Othman turut hadir menyambut kehadiran murid-murid di pintu pagar sekolah.
Terima kasih kepada Ketua Balai Polis Mutiara Rini iaitu Tuan Jasman Abdullah, Timbalan Ketua Balai Tuan Nik Soh Bin Nik Omar dan Pegawai PPD Johor Bahru Puan Noor Zuzana Binti Yusof turut hadir semasa perhimpunan hari pertama persekolahan.
15 OKTOBER 2019 SENAM SENI 1M1S
(HARI SUKAN NEGARA)