Pada 05 Julai 2024 Sk Kunak 2 telah mengadakan Majlis Perpisahan iaitu perpindahan Cikgu Subina ke Sk Tun Fuad dan persaraan Cik Absah AKP Sk Kunak 2. Turut menjemput rakan hadid Sk Kunak 2 iaitu Pn Teresa, YDP PIBG En Hussin dan NYP PIBG Sk Kunak 2 iaitu En Rosman.
Telah berlangsung latihan rumah sukan bermula 19 Jun sehingga 19 Julai 2024. 4 rumah sukan akan merebut gelaran juara pada tahun ini iaitu Rumah Sukan Merah, Rumah Sukan Kuning, Rumah Sukan Biru dan Rumah Sukan Hijau.
Sk Kunak 2 telah berjaya memenangi pertandingan Kalam Jamaie peringkat Daerah Kunak dan telah berjaya melayakkan diri ke Peringkat Tenggara di Semporna pada 11 Jun 2024
Pada 12 Jun 2024 Sk Kunak 2 telah mengadakan perlawanan persahabatan bola baling dengan Sk Madai. Sk Kunak 2 juga telah mengadakan perlawanan persabahatan dengan Sk Skim Kokos, Sk Kunak Jaya dan Sk Tun Fuad di Padang Sk Kunak 2.
Pada 27-28 Jun 2024, Pengurus Hal Ehwal murid telah mengadakan Kursus Kepimpinan yang dijalankan di IPG Tawau.Â