1. Kegiatan aktiviti kokurikulum dijalankan pada Rabu dari 1.30 petang hingga 3.30 petang dari Januari-September dalam tahun semasa..
2. Semua guru dan murid Tahun 3 hingga 6 terlibat dan penyertaan adalah wajib.
3. Semua tugas dijalankan mengikut masa yang ditetapkan dan perancangan tahunan KK yang dijadualkan.
4. Memakai pakaian yang sesuai.
5. Peka dengan keselamatan murid dan juga peralatan yang digunakan.
6. Sebarang kerosakan peralatan atau perkara yang tidak diingini berlaku harus dimaklumkan kepada pihak sekolah dengan serta-merta.
7. Mencatat kehadiran murid dan menyediakan laporan mingguan yang dijalankan.
8. Merancang penggunaan wang peruntukan KK pada awal tahun dan semua aktiviti yang melibatkan peruntukan wang tersebut mesti diselesaikan sebelum Oktober.
9. Menyediakan program khas, bengkel, perkhemahan, pertandingan, kursus, latihan dan mana-mana aktiviti yang bersesuaian dalam bentuk kertas kerja mesti mendapat kelulusan daripada GB/PKKK.
10. Memaklumkan kepada pihak sekolah atau PKKK terlebih dahulu seandainya guru yang berkenaan tidak dapat menjalankan aktiviti KK atas urusan sekolah atau jabatan.
11. Menguruskan penggantian penasihat KK sendiri sekiranya guru yang terlibat tidak dapat menjalankan aktiviti atas masalah atau urusan peribadi dan mesti dimaklumkan kepada PKKK atau pihak sekolah terlebih dahulu.
12. Tempahan hadiah pertandingan mesti dibuat 3 minggu atau lebih awal sebelum tarikh pelaksanaan.
13. Semua pertandingan Ko-Akademik diuruskan oleh Ketua Panitia dan Ahli Jawatankuasanya masing-masing.
14. Murid yang menghadiri latihan/pertandingan/kursus dan sebagainya di dikehendaki mendapat persetujuan ibu bapa dan mengikut ketetapan PPD atau JPN.
15. Borang kebenaran ibu bapa disediakan dalam 2 salinan iaitu sesalinan disimpan dalam Fail KK dan sesalinan diserahkan kepada pihak penganjur.
16. Tiada paksaan penyertaan murid dalam pertandingan dalaman atau pertandingan luar sekolah.
17. Program peningkatan aktiviti KK dijalankan sepanjang tahunan dan berterusan.
18. Penilaian prestasi murid dalam kokurikulum dinilai berdasarkan dokumen PAJSK.
Semua Ketua Penasihat harus menyimpan salinan dokumen bidangnya masing-masing sebagai rujukan.