1. Kegiatan 1M1S dijalankan bermula dari Januari hingga September dalam tahun semasa.
2. Kegiatan aktiviti 1M1S dijalankan pada hari Khamis dan Jumaat dari 7.15 pagi hingga 7.45pagi. Semua guru dan murid Tahun 1 hingga 6 terlibat dan penyertaan adalah wajib.
3. Semua tugas dijalankan mengikut masa yang ditetapkan dan perancangan 1M1S yang dijadualkan.
4. Memakai pakaian yang sesuai.
5. Peka dengan keselamatan murid dan juga peralatan yang digunakan.
6. Sebarang kerosakan peralatan atau perkara yang tidak diingini berlaku harus dimaklumkan kepada pihak sekolah dengan serta-merta.
7. Guru bertugas perlu menyediakan kehadiran murid dan menyediakan laporan mingguan yang dijalankan dan diserahkan kepada PKKK selepas tamatnya pelaksanaan aktiviti pada hari yang sama.
8. Memaklumkan kepada Guru Besar atau PKKK terlebih dahulu seandainya guru yang berkenaan tidak dapat menjalankan aktiviti 1M1S atas urusan rasmi / peribadi.
9. Menguruskan penggantian penasihat 1M1S sendiri sekiranya guru yang terlibat tidak dapat menjalankan aktiviti.
10. Mesyuarat 1M1S diadakan dalam bulan Disember bagi sesi tahun yang berikutnya.