Kita jadi apa yang kita nak jadi
Kita jadi apa yang kita fikirkan
Kita jadi seperti apa yang kita harapkan...
Dalam hidup ini, kita jadi atas sebab apa?
Apa yang perlu kita perjuangkan dan usahakan
Dalam unak dan duri untuk kita jadi sesorang yang berjaya dan hebat...pelbagai dugaan, masalah dan cabaran harus kita lalui.
Samada suka atau x...kita kadang terpaksa buat...terpaksa hadap dan tempuhi semua ini...
jangan pernah putus asa atas kelemahan yang lepas..perbaiki dan cuba lagi...
Setiap kejayaan yang kita capai..akan manis akhirnya...
Ayuh semua sahabat...jangan pernah kita terleka tentang halatuju kita sebenar
Apa yg kita cari dan cuba capai...
Semua itu perlukan keyakinan yang tinggi dan hebat....
Kepada yang belum ada cita-cita atau azam..ayuh bina yang baru...carilah sahabat atau sesiapa shj untuk bersama kita...
Tiada yang mustahil selagi kita percaya apa kita nak jadi..
kita jadi kita....terbaik dalam pemikiran dan tindakan. Semoga Allah rahmati kita selalu