PROGRAM IBS METAL FRAMING SYSTEM ENHANCEMENT SKILL, POLITEKNIK MALAYSIA
TARIKH: 06 – 08 NOVEMBER 2017
TEMPAT: TAPAK MY BNHOME LIPAT KAJANG, MERLIMAU
Bilangan peserta: 30 pelajar & 2 pensyarah (peserta)
KOMPENTENSI YANG DIAMBIL:
1. ROOF TRUSS INSTALLER (STEEL) TAHAP 2-PELAJAR
2. STEEL STRUCTURE ERECTION TAHAP 1- PENSYARAH
IMPAK AKTIVITI/LAWATAN
Program IBS Metal Framing System Enhancement Skill, Politeknik Malaysia yang telah dijalankan ini banyak memberi impak positif kepada Jabatan Kejuruteraan awam PSIS dan pensyarah.
Impak kepada pelajar
i. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknologi terkini iaitu IBS Metal Framing System yang digunakan dalam industri pembinaan negara.
ii. Pelajar dapat menimba pengalaman dan kemahiran membina rumah di tapak pembinaan sebenar serta merasai pengalaman bekerja di tapak pembinaan.
iii. Pelajar telah mendapat pengiktirafan kemahiran IBS Metal Framing dari CIDB kerana telah lulus ujian kelayakan kemahiran tahap 1 yang telah dijalankan di sepanjang program.
iv. Ilmu, sijil dan kemahiran yang diperolehi ini akan membantu pelajar dalam pekerjaan Kejuruteraan Awam selepas pelajar tamat belajar.
vi. Pelajar juga dapat menjalin jaringan perhubungan dengan kepakaran CIDB dan pelajar politeknik seluruh Malaysia
Impak kepada pensyarah
i. Memupuk jalinan perhubungan yang baik antara pensyarah-pensyarah seluruh Politeknik yang mengajar dalam kursus DCC2052 Introduction to Industrailised Building System.
ii. Pensyarah dapat bertukar-tukar pandangan dan pengetahuan mengenai kaedah pengajaran kursus DCC2052 Introduction to Industrailised Building System.
iii. Meningkatkan pengetahuan pensyarah tentang teknologi terkini yang digunakan dalam industri pembinaan dan ini akan membantu pensyarah dalam proses pengajaran di kuliah nanti.
Impak kepada Jabatan Kejuruteraan Awam PSIS
i. Jabatan dapat mencapai sasaran PolyPMO dengan mempunyai pelajar dan pensyarah mempunyai sijil kemahiran pembinaan tahap 1 dan tahap 2 yang diiktiraf oleh pihak CIDB dalam IBS Metal Framing System.
ii. Sasaran JKA untuk melibatkan pelajar dalam program yang dapat memperkasa kemahiran dan kompetensi pelajar tercapai.