SYARAT LAYAK MENDUDUKI PENILAIAN / PEPERIKSAAN AKHIR DAN PENILAIAN KHAS BAGI PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR
Pelajar hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut sebelum LAYAK menduduki Peperiksaan Akhir
Telah mendaftar kursus
Telah menghadiri 80% atau lebih kuliah/tutorial/amali bagi jangkamasa yang ditetapkan (sila semak senarai tidak layak menduduki peperiksaan akhir dan dimansuhkan penilaian kerja kursus di website POLIKU)
Kad pelajar yang sah laku. Jika kehilangan kad, pelajar perlu membawa Kad Pengenalan ke Unit Peperiksaan Politeknik Kuching Sarawak untuk mendapatkan Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan Akhir pada hari peperiksaan tersebut. Permohonan HANYA BOLEH dibuat dalam tempoh 30 minit sebelum peperiksaan kursus berkenaan bermula.
Pelajar perlu mematuhi peraturan rupa diri dan etika pemakaian yang telah ditetapkan dalam Buku Peraturan Am Dan Disiplin Pelajar Politeknik Kuching Sarawak, Edisi 4 semasa menghadiri peperiksaan akhir.
Telah lulus Pentaksiran Berterusan (PB ≥ 40) bagi kursus berkenaan.
JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR
Pelajar boleh membuat semakan Jadual Peperiksaan Akhir melalui i-exam, SPMP
Login i-exam, SPMP pada pautan: http://spmp.poliku.edu.my/login.jsp
Sila klik pada butang "Pamer/Cetak Jadual Waktu Peperiksaan (Pelajar)".
Sila semak jadual peperiksaan dengan teliti dan pastikan tiada kesilapan maklumat berkenaan tarikh, masa dan tempat peperiksaan seperti dalam i-exam, SPMP.
PELANGGARAN PERATURAN DAN ARAHAN-ARAHAN AM PEPERIKSAAN
A. Pelajar tidak dibenarkan melakukan mana-mana tindakan seperti berikut:
“Cubaan Meniru” bermakna memiliki bersamanya nota/maklumat/dokumen yang disediakan sebelumnya dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara atau mendapatkannya dari mana-mana punca yang boleh membantu menjawab soalan peperiksaan kursus yang sedang dijalankan.
“Meniru” bermakna menggunakan nota/maklumat/dokumen yang disediakan sebelumnya dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara atau mendapatkannya dari mana-mana punca bagi tujuan untuk menjawab soalan peperiksaan kursus yang sedang dijalankan.
“Memberi tiru” bermakna bersubahat dengan pelajar yang lain dalam aktiviti-aktiviti meniru atau cubaan meniru.
B. Seseorang pelajar yang didapati melanggar mana-mana Arahan-arahan Am Peperiksaan Akhir pada perkara di A boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
Amaran, atau
Dimansuhkan markah penilaian bagi kursus berkenaan dan diberikan Gred F dengan Nilai Mata 0.00.
Pelajar telah dibuktikan melakukan perkara di A akan dimansuhkan markah peperiksaan akhir bagi semua kursus yang diambil pada semester yang berkenaan