RAYUAN KE ATAS KEPUTUSAN PENILAIAN
Pelajar yang ingin membuat rayuan ke atas keputusan penilaiannya boleh berbuat demikian secara bertulis kepada Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari daripada tarikh keputusan rasmi. Rayuan hendaklah disertakan dengan alasan-alasan yang munasabah dan bukti-bukti berkaitan. Pelajar akan dikenakan bayaran sebanyak RM50.00 bagi setiap rayuan yang dikemukakan dan hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang/Wang Pos atas nama “PENGARAH POLITEKNIK KUCHING SARAWAK” atau secara TUNAI kepada Unit Kewangan Politeknik Kuching Sarawak.
Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada pelajar oleh Pegawai Peperiksaan mengikut tarikh keputusan rasmi rayuan. Keputusan rayuan adalah muktamad.
PENYEMAKAN SEMULA SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR
Pelajar yang ingin membuat penyemakan semula skrip jawapan sesuatu kursus hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari dari tarikh keputusan rasmi diumumkan.
Pelajar akan dikenakan bayaran sebanyak RM25.00 bagi setiap kursus dan hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang/Wang Pos atas nama “PENGARAH POLITEKNIK KUCHING SARAWAK” atau secara TUNAI kepada Unit Kewangan Politeknik Kuching Sarawak.
Keputusan semakan semula akan dimaklumkan kepada pelajar oleh Pegawai Peperiksaan mengikut tarikh keputusan rasmi rayuan. Keputusan rayuan adalah muktamad.