Latar Belakang
Hagia Sofiyyah Homestay yang terletak di Puncak Iskandar telah memulakan operasi pada bulan Februari 2017. Homestay ini adalah kediaman Semi-D Setingkat Corner Lot yang berkeluasan 6264 kaki persegi dengan built up area 1586 telah dibina oleh MRCB Land. Ianya ruang tamu yang luas dan selesa serta mempunyai 4 + 1 bilik tidur dengan setiap bilik tidur mempunyai bilik air. Namun hanya 4 bilik ditawarkan digunakan untuk perkhidmatan homestay.
Homestay ini dilengkapi dengan grill keseluruhan pada pintu dan tingkap, mempunyai ruang parkir kereta berbumbung yang boleh memuatkan 2 kereta dan memiliki kemudahan lengkap dengan set sofa, sofa bed, TV, Astro, set meja makan (6 kerusi), kipas syiling, penghawa dingin, peti ais, microwave, mesin basuh, kabinet dapur dan dapur memasak.
Homestay corner lot kami mempunyai kejiranan yang mesra serta berdekatan dengan taman permainan kanak-kanak. Jalan yang luas memudahkan tetamu untuk meletakkan kenderaan tanpa menganggu jiran tetangga yang lain. Lokasi rumah juga berhampiran dengan rumah kedai yang menyediakan perkhidmatan/perniagaan.