Hagia Sofiyyah Homestay menyediakan kemudahan penginapan Semi-D Setingkat Corner Lot. Homestay kami terletak di Bandar Seri Iskandar iaitu pusat ekonomi, pentadbiran dan pendidikan bagi Daerah Perak Tengah yang mana ia juga merupakan Koridor Kinta-Pangkor. Koridor yang seluas 5000 ekar merupakan pembangunan yang telah dirancang rapi sebagai satu perbandaran yang komprehensif merangkumi pembangunan komersil, kediaman, perindustrian dan rekreasi. Ini menjadikan kedudukan homestay kami sebagai ideal dan strategik bagi semua pengunjung yang ingin berurusan rasmi seperti bekerja, mesyuarat, menghadiri seminar dan mahapun tidak rasmi seperti menghadiri majlis kenduri kahwin, menziarahi saudara mara dan bercuti di daerah ini mahupun bandar-bandar lain negeri Perak ini. Dengan lokasi kedudukan ini, pengunjung dengan mudah mengakses ke Ipoh, Setiawan, Lumut, Batu Gajah dan lain-lain kawasan melalui lebuhraya Ipoh-Lumut.
Antara lokasi berhampiran dengan homestay kami: