SEK. MEN. RENDAH SERI MENANTI ialah nama asal bagi SMKSM. Sekolah ini telah berjaya ditubuhkan atas permintaan pemimpin tempatan dan penduduk kawasan ini. Sekolah ini telah memulakan penggal persekolahannya yang pertama pada 10 Januari 1965. Pengetua ketika itu ialah Tuan Syed Abdul Rahman B Ahmad.
Sebelum penubuhan sekolah ini, pelajar-pelajar sekolah ini telah menumpang di bangunan Sek Keb Seri Menanti selama setahun dan kemudiannya berpindah ke tapak yang baru di Kampung Parit Kedondong. Keluasan tapak sekolah ini ialah 10 ekor 1 rod 6 pod. Tarikh pemindahannya adalah pada 17 Oktober 1996.
Pada awal pembukaannya sekolah ini terdiri daripada 2 buah bangunan 2 tingkat yang mengandungi 8 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, sebuah perpustakaan , pejabat dan bilik guru. Selepas beberapa tahun ditubuhkan, bilangan bangunan sekolah telah di tambah dengan 8 buah lagi bilik darjah dan beberapa buah makmal dibina. Justeru dengan penambahan dan peningkatan itu sekolah ini telah dinaikkan taraf ke SMSM. Pada bulan Mac 1991, sekolah ini sekali lagi telah membuat pembaharuan dengan membina sebuah bangunan 4 tingkat. Bangunan baru ini dilengkapi dengan makmal fizik, makmal kimia, pejabat, bilik guru, musollah, bilik wuduk, tandas dan juga beberapa buah bilik darjah. Pada tahun 1990-an , lokasi pejabat dan bilik guru telah ditukar dari bangunan 4 tingkat ke bangunan hadapan bagi memudahkan urusan pejabat. Keadaan ini kekallah sehingga kini.
Pada 2007, asrama SMK Seri Menanti mula dibina dan siap pada tahun 2012. Kemudian boleh diduduki sepenuhnya pada tahun 6 Januari 2013. Asrama ini terdiri daripada 2 bangunan asrama, 2 rumah warden, sebuah surau, dan sebuah dewan makan.