“Bersama-sama menuju ke hadapan”
“MOVING FORWARD TOGETHER”
Sesebuah sekolah itu mestilah mempamerkan identiti yang tersendiri dan menunjuk pada kesempurnaan atau kebaikan. Keunikan yang tersendiri menjadikan sekolah ini dikenali serta menjadi ramuan penting dalam meniti kejayaan demi kejayaan. Berteraskan ungkapan di atas, maka kami sebulat suara menterjemahkan keunikan kami melalui maskot sekolah iaitu “THE MAJESTIC EAGLE” dengan slogan “BERSAMA-SAMA MENUJU KE HADAPAN / MOVING FORWARD TOGETHER” . Hal ini demikian kerana kami dapati terdapat ciri-ciri terpuji pada Si Helang yang Gagah.
Bukan suatu yang mudah berada di angkasa, cabaran dan dugaan harus ditempuhi Si Helang dengan tabah tanpa pernah berputus asa atau menyerlah kalah. Selain itu, sifat sampingan si Helang ialah bergerak dalam satu kumpulan dan saling membantu. Apabila waktu hujan Si Helang akan terbang melepasi awan dan berfikir di luar kotak untuk menghadapi cabaran tersebut. Hal ini menyebabkan Si Helang kekal dengan jangka hayat hidup selama 70 tahun dan mengalami proses perubahan yang menyakitkan serta bertahan untuk meneruskan jangka hayatnya pada umur 40 tahun. Justeru, mengambil contoh sifat dan tabiat Si Helang, kami yakin bahawa Si Helang yang Gagah dengan slogan “Bersama-sama Bergerak ke Hadapan” akan membawa sekolah kami ke mercu kegemilangan.
Aspirasi Si Helang yang Gagah
Kami warga sekolah berikrar akan :
1. Mempamerkan kesungguhan dan tabah dalam memberi ilmu kepada pelajar melalui PdPc yang cemerlang
2. Menunjukkan daya tahan dan usaha yang berterusan dalam apa jua pertandingan atau aktiviti kokurikulum.
3. Sentiasa bergerak dalam satu pasukan dan saling membantu sesama ahli untuk kecemerlangan bersama.
4. Sentiasa mengembangkan potensi dan berfikir di luar kotak demi meningkatkan martabat sekolah kami.
5. Menzahirkan sifat sentiasa bergerak dan berani menghadapi perubahan untuk melonjakkan nama sekolah dalam era IR4.0.