Tunku Abdul Rahman dan rombongan merdeka tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka. Rombongan merdeka kemudian diarak ke hingga ke Padang Banda Hilir, Melaka. Lebih kurang 100 ribu orang berkumpul untuk mendengar ucapan pengumuman tarikh kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman memaklumkan bahawa melalui Perjanjian Kemerdekaan, negara kita akan diberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Lantaran itu, keputusan yang dipilih oleh pemimpin negara harus dihormati supaya keharmonian berkekalan selamanya.