Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 merupakan cerminan sikap permuafakan dan tolak ansur pelbagai pihak. Gandingan permuafakatan antara wakil Raja - raja Melayu dengan pemimpin negara dalam usaha memperoleh kemerdekaan telah menampakkan hasil. Sekembalinya rombongan kemerdekaan ke tanah air, mereka diraikan di Padang Banda Hilir, Melaka, bagi mengumumkan tarikh kemerdekaan negara. Sementara itu, bagi mewujudkan sebuah negara yang merdeka, Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk. Hasil permuafakatan semua pihak, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani dan perjanjian ini menjadi asas kepada terbentuknya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang merdeka.