2.0 SYARAT PERTANDINGAN
2.1 Syarat Umum
2.1.1 Pertandingan ini dibuka kepada murid sekolah rendah atau pelajar
IPGKPI tanpa mengira bidang pengkhususan pengajian.
2.2 Perincian pertandingan adalah seperti berikut:
2.2.1 Pemilihan Syair: Syair yang didendangkan perlu dipilih daripada
senarai di bawah;
i Syair Nasihat Luqman al-Hakim
ii Syair Nasihat kepada Anak
iii Syair Nasihat (Melayu klasik)
iv Syair Dunia Kanak-kanak
v Syair Ceria Si Cilik
vi Syair Anak Soleh
vii Syair Ibu
viii Syair Kasih Ayah
ix Syair Keluarga Bahagia
x Syair Anak Harapan Bangsa
xi Syair Sekolahku
2.2.2 Irama: Irama syair yang diwajibkan ialah irama hiasan pada rangkap (satu
tiga) bagi kategori murid sekolah rendah.Bagi kategori pelajar IPGKPI, irama
Selendang Delima diwajibkan pada rangkap (satu-tiga).Para peserta kategori
murid sekolah rendah diberi pilihan irama selendang delima pada (rangkap
empat hingga enam).Manakala, kategori pelajar IPGKPI pula, diberi pilihan
irama Hiasan dan Narasi pada (rangkap empat-enam).
2.2.3 Durasi: Tempoh masa untuk mendendangkan syair adalah tidak melebihi
enam (6) minit.
2.3 Syarat pertandingan peringkat akhir
2.3.1 Peserta yang terpilih ke peringkat akhir perlu mendendangkan syair yang
berbeza dengan pusingan awal.
2.3.2 Peserta juga perlu mendendangkan syair menggunakan irama wajib, iaitu irama
hiasan dan digabungkan dengan satu (1) irama pilihan.
2.3.3 Peserta dibenarkan memakai busana yang bersesuaian dengan penyampaian
syair.
2.3.4 Penggunaan muzik iringan dibenarkan menggunakan minus one.
2.3.5 Peserta digalakkan untuk menghafal dan menghayati syair yang ingin
disampaikan.