#MBMMBI #PERBAYU #SAMBUTANDEKADBAHASAKEBANGSAAN
Poster Hebahan:
Jawatankuasa pengurusan pertandingan.
Jawatankuasa Utama
Pengerusi:Muhammad Hazim bin Mohd Nazri
Naib Pengerusi:Nurin Imanina binti Rosli
Setiausaha: Abdul Rahman Hadif bin Mazlan
Naib Setiausaha: Afiqah Zahraa’ binti Mohd Zuhairi
1.0 PENGENALAN
1.1 Syair tergolong dalam puisi tradisional yang merupakan peninggalan masyarakat Melayu lama yang terus hidup dan berperanan dalam
masyarakat semasa. Fungsi syair adalah untuk menyampaikan cerita dan pengajaran. Dendangan syair membawa makna membaca sesuatu hasil sastera berbentuk puisi dengan lagu atau gerak tubuh sebagai alat bantu puitis yang seirama dengan isi bacaan.
1.2 Pertandingan Dendangan Syair memberikan ruang dan pendedahan kepada pelajar IPGM kampus untuk mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera sekali gus membina keterampilan dan jati diri bangsa.
1.3 Pertandingan ini juga bertujuan memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa dan sastera Melayu, khususnya syair selaras dengan hasrat memartabatkan Bahasa Melayu.
1.4 Sayembara Syair merupakan satu acara sempena Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat IPGKPI Tahun 2025 yang akan berlangsung 20 Oktober 2025 secara dalam talian di IPGM Kampus Pendidikan Islam.