Langkah pertama, murid - murid perlu membentangkan kain bahagian dalam khemah seperti rajah sebelah.
Murid - murid harus memasang rod seperti gambar rajah di sebelah supaya rod menjadi satu dan panjang. Selepas itu, murid - murid perlu memasukkan rod panjang pada penjuru kain bahagian khemah. PASTIKAN ROD PANJANG DIMASUKKAN KE LALUAN YANG BETUL!
Pasangkan rod pada keempat - empat penjuru khemah dengan kemas. Kemudian, ikat rod yang bersilang di atas bahagian khemah supaya rod tidak beralih.
Kain penutup khemah perlu dipasang dengan betul dan kemas supaya air tidak dapat memasuki khemah dari atas apabila hujan.
Pancang perlu di pasakkan seperti di gambar rajah sebelah supaya khemah tidak mudah terbang di tiup angin.
Sumber :
Cara Pemasangan Khemah, Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kerohanian Tahun 4, Muka Surat 56-57