Penutup khemah perlu ditanggalkan dan dilipat dengan kemas supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam sarung khemah.
Keluarkan rod panjang yang digunakan untuk mendirikan khemah dan cabut setiap rod yang dicantumkan hingga menjadi pendek seperti di rajah sebelah.
Selepas mengeluarkan rod panjang dari khemah, bentangkan khemah dengan kemas dan rata. Kemudian, letakkan kain penutup khemah dan batang rod yang telah dilipat di atas dan hujung bentangan khemah agar mudah dilipat dan digulung.
Seterusnya, lipat khemah seperti gambar Rajah 1, pastikan barang - barang perkhemahan (rod dan kain penutup khemah) dilipat bersama khemah. Kemudian, gulung khemah dengan kemas dan rapi supaya angin tidak terperangkap di dalam khemah seperti gambar Rajah 2.
Rajah 1
Rajah 2
Selepas khemah digulung, masukkan khemah ke dalam sarung khemah dengan kemas. Jika khemah tidak muat dimasukkan ke dalam sarungnya, kemungkinan masih ada udara terperangkap dalam khemah atau khemah tidak digulung dengan rapi. Jika perkara ini berlaku, gulung semula khemah dengan betul.
Sumber :
Cara Menyimpan Khemah, www.youtube.com/watch?v=cWyra2oR5UcÂ