Kesatuan
Imbangan
Penekanan
Corak Kontra
Rentak
Corak
Reka bentuk merupakan penggunaan prinsip saintifik, maklumat teknikal dan imaginasi. Kaedah dan proses mereka bentuk yang sistematik akan menghasilkan produk yang berjaya dan memenuhi kehendak pengguna. Oleh itu, tujuh prinsip reka bentuk amat penting diterapkan dalam sesuatu rekaan.
Prinsip kesatuan merujuk kepada gabungan elemen yang membentuk bahagian-bahagian kecil visual dengan bahagian kecil yang lain dan seterusnya membentuk satu gambaran visual yang lebih besar. Kesatuan boleh dihasilkan dengan menggunakan prinsip keseimbangan, pengulangan atau harmoni.
Keseimbangan dicapai dengan mengagihkan gabungan elemen-elemen objek, warna, tekstur dan ruang pada visual secara sama rata untuk mencapai kestabilan. Keseimbangan terbahagi kepada tiga iaitu.
(a) Imbangan simetri ialah elemen keseimbangan yang digunakan pada satu sisi rekaan yang sama dengan rekaan yang lain
(b) Imbangan bukan simetri ialah sisi antara satu sama lain yang berbeza tetapi kelihatan stabil.
(c) Imbangan jejari pula ialah elemen yang disusun di sekitar satu titik tengan. Ia boleh jadi serupa.
Imbangan Bukan Simetri
Imbangan Jejari
Imbangan Jejari
Penekanan ialah prinsip visual yang menangkap perhatian pandangan atau menjadi titik fokus pandangan. Kebiasaannya, penekanan dihasilkan dengan mewujudkan pertentangan atau kontras dengan yang lain. Kontras boleh diwujudkan melalui gabungan perbezaan elemen-elemen reka bentuk dan aspek saiz, warna dan rupa.
Pada pendapat anda, apakah kesan kesatuan dan imbangan dalam reka bentuk produk yang baik?
Sila Klik Saya!
Prinsip pergerakan ialah keadaan yang bergerak, bergetar, bergoyang, berayun, dan bersinar-sinar. Fungsi utama prinsip ini adalah untuk memberikan kesan lebih realistik terhadap sesuatu rekaan. Pergerakan juga menjadikan suatu rekaan lebih menarik dan menimbulkan kesan visual yang lebih berkesan.
Contoh Pergerakan
Corak kontra digunakan untuk menarik perhatian, memberikan fokus dan kesan pergerakan. Corak kontra dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan. Prinsip corak kontra wujud apabila unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan.
Contoh Corak Kontra
Rentak ialah pengulangan elemen dalam reka bentuk. Rentak boleh mewujudkan perasaan pergerakan, membentuk corak dan tekstur. Terdapat pelbagai jenis rentak yang membangkitkan perasaan apabila melihatnya:-
(a) Rentak TeraturÂ
Ritma ini berlaku apabila selang antara elemen sama saiz dan panjang.
(b) Rentak mengalir
Ritma ini memberikan satu perasaan pergerakan.
(c) Rentak Progresif
Ritma ini menunjukkan jujukan urutan bentuk melalui langkah pergerakan progresif.
Rentak Teratur
Rentak Mengalir
Rentak Progresif
Corak dalam rekaan merupakan suatu asas dalam penghasilan suatu karya. Prinsip corak merupakan suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan efektif. Corak dalam suatu rekaan boleh terhasil daripada corak bukan motif dan secara bebas atau corak tidak terancang.
Contoh Corak Terancang
Contoh Corak Tidak Terancang
Video 2.1 Prinsip Reka Bentuk