Reka bentuk dalam mata pelajaran Reka Cipta Tingkatan 4 merujuk kepada proses menghasilkan sesuatu idea untuk memenuhi keperluan atau menyelesaikan masalah dengan menggunakan pendekatan sistematik. Ia menggabungkan elemen seni, sains, dan teknologi untuk menghasilkan sesuatu produk yang praktikal dan estetik.Â
Penerapan reka bentuk dalam Reka Cipta membantu pelajar memahami kepentingan pemikiran kreatif dan analitik dalam menghasilkan inovasi yang relevan dan berimpak tinggi.
Merupakan satu proses merancang sesuatu objek, sistem, atau produk secara kreatif.
Mengutamakan fungsi, keselamatan, estetik dan keberkesanan.
Menyelesaikan masalah manusia secara inovatif.
Meningkatkan kualiti hidup dengan menghasilkan produk yang mesra pengguna.
Membantu pembangunan ekonomi melalui penghasilan produk berkualiti tinggi,
Garisan: Struktur asas yang membentuk produk.
Bentuk: Gabungan elemen dua dimensi dan tiga dimensi.
Tekstur: Permukaan yang memberikan perasaan tertentu. (Contoh: Kasar atau licin).
Warna: Faktor penting dalam tarikan visual.
Ruang: Keseimbangan antara elemen dalam reka bentuk.
Keseimbangan, kontras, penekanan, kesatuan, dan irama.
Membantu menghasilkan reka bentuk yang menarik dan berfungsi.
Mengenalpasti masalah
Mengumpul maklumat
Menjana idea
Membuat lakaran
Menghasilkan model dan prototaip
Penilaian dan penambahbaikan
Terdapat 3 subtopik yang telah disusun dengan teliti yang boleh dipelajari dan dikuasai dengan mudah. Selain itu, pelbagai bahan rujukan lebih disediakan untuk pembelajaran secara kendiri.
Pelbagai jenis kuiz yang interaktif dan menyeronokkan untuk menguji pengetahuan dan kemahiran dalam asas reka bentuk dalam reka cipta serta mengukuhkan pembelajaran secara praktikal.
Akses kepada bahan tambahan membantu mengmbangkan kemahiran, menambah pengetahuan, dan terus mempertingkatkan kreativiti dalam dunia reka bentuk dalam reka cipta.
Sila Klik untuk ke halaman topik