Pelaksanaan Rancangan Radio Pendidikan di Sarawak

  • Tempoh penyiaran 1 jam sehari (10.00 pagi hingga 11.00 pagi setiap hari)
  • Terdiri daripada 4 segmen
  • 15-minit (1 mata pelajaran per segmen)
  • Siaran secara langsung melalui Radio Sarawak (WAI MIX) Gelombang pendek 11665khz dan Saluran ASTRO 871.


Persediaan untuk sesi pelajaran Rancangan Radio Pendidikan

Sebelum

Sebelum mendengar sesuatu rancangan, guru hendaklah membuat persediaan yang membolehkan murid-murid mengikuti sesuatu rancangan dengan teratur dan berkesan.

Semasa Siaran

Guru mesti mengetahui isi kandungan rancangan semasa siaran seperti sinopsis dan urutan rancangan.

Selepas Siaran

Aktiviti selepas siaran dicadangkan kepada guru bagi tujuan pengukuhan dan guru juga boleh mnambahkan aktiviti lain yang bersesuaian.


Peranan Guru Matapelajaran

Guru hendaklah:

  • Memilih tajuk yang sesuai dengan pengajaran pada hari tersebut
  • Memilih aktiviti yang berkaitan dan memperbanyakan lembaran aktiviti yang sedia ada dalam buku Nota Guru
  • Menambahbaikan aktiviti yang sedia ada berpandukan tajuk tajuk atau kandungan yang telah diperdengarkan kepada murid-murid mengikut kreativiti guru.

Membuat catatan:

  • penggunaan bahan RP
  • Penggunaan Nota Guru (Menyalin RPH ke dalan buku rekod mengajar)
  • Aktiviti yang dilaksanakan
  • Kekerapan penggunaan bahan RP untuk tujuan laporan

Kandungan Pelajaran

Meliputi aspek :

  • Tatabahasa, Kefahaman,
  • Puisi, Pantun, Surat kiriman
  • Cerita teladan , Adat resam dan budaya, sastera , pendidikan moral, Sirah Nabi, dan sebagainya


Skrip Radio Pendidikan

  • Sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
  • Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan (DSKP)
  • Kemahiran dan aktiviti di olah mengikut kesesuaian dan kebolehan murid

Aktiviti dalam Rancangan Radio Pendidikan

  • Aktiviti tidak terhad
  • Guru boleh menambah aktiviti murid mengikut kesesuaian tajuk
  • Mengolah dialog yang didengar kepada lakonan, bercerita , mendeklamasi puisi dan lain lain ikut kreativiti guru-guru


Nota Guru

  • Dihasilkan sebagai buku untuk panduan guru
  • Menyediakan Rancangan Pelajaran Harian mengikut format terkini
  • Berasaskan sukatan pelajaran KSSR
  • Berpandukan DSKP
  • Aktiviti pengukuhan disediakan