Rancangan Radio Pendidikan

Terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Selamat datang ke laman sesawang Radio Pendidikan. Laman sesawang ini dibangunkan untuk tujuan akses ke bahan radio pendidikan yang diterbitkan oleh Unit Penyiaran dan Teknikal, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak.

Radio adalah satu alat atau sumber informasi baik dari segi hiburan mahupun pendidikan yang luar biasa. Rancangan Radio Pendidikan (RRP) yang diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Sarawak merupakan alternatif dalam penyebar luasan informasi pendidikan untuk memenuhi keperluan sekolah khususnya sekolah luar bandar dan pedalaman.

BTPN Sarawak merupakan satunya unit masih lagi meneruskan RRP yang disiarkan secara On Air dan Off Air sehingga kini. Oleh itu, penerbitan rancangan ini bertujuan untuk membantu guru dalam Pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan mengintegrasikan teknologi sebagai sokongan kepada pengajaran guru serta pembelajaran pelajar.

Krew Penerbitan Rancangan Radio Pendidikan

Aktiviti-aktiviti penerbitan Rancangan Radio Pendidikan