PERATURAN
PERATURAN
Pengguna perlu berpakaian kemas dan sopan semasa berada di Pusat Sumber.
Pengguna tidak dibenarkan membuat bising hingga mengganggu pengguna lain.
Pengguna tidak dibenarkan tidur di Pusat Sumber.
Segala kertas dan sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
Pengguna juga tidak dibenarkan makan, minum, atau merokok di Pusat Sumber.
Telefon bimbit hendaklah dimatikan atau di dalam keadaan 'silent mode' sebelum memasuki Pusat Sumber.
Pengguna dilarang merosakkan koleksi Pusat Sumber seperti menconteng atau mengoyak buku.
Membawa keluar bahan tanpa kebenaran kakitangan Pusat Sumber adalah dilarang.
Kakitangan Pusat Sumber berhak menegur dan mengarahkan pengguna keluar dari Pusat Sumber sekiranya melakukan perkara di atas.
Barang-barang seperti beg, topi keledar, makanan, minuman, surat khabar/ buku/ majalah persendirian, payung, kamera dan lain-lain berkaitan perlu disimpan di tempat simpanan barang yang disediakan di Pusat Sumber.
Pihak Pusat Sumber tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan barang-barang persendirian semasa berada di dalam Pusat Sumber.
Pastikan kad pelajar sentiasa dipakai di leher.
.