PENGENALAN
PENGENALAN
Pusat Sumber PNS merupakan sebuah unit yang berfungsi sebagai penyokong dan pemangkin kepada kejayaan para pelajar pada masa hadapan. Ditubuhkan seiring penubuhan Politeknik Nilai pada tahun 2007 dan memulakan operasi pada tahun 2008. Bangunan Pusat Sumber dua tingkat ini berkeluasan 3,520.2 meter persegi dilengkapi dengan semua perabot serta peralatan termasuk komputer yang diperlukan untuk membantu sistem pengoperasiannya. Pusat Sumber ini mempunyai kapasiti 364 pengguna di aras bawah dan 460 pengguna di aras satu. Ia juga mampu menempatkan sehingga seramai 1,000 pengguna pada satu-satu masa.
Sistem Perpustakaan Bersepadu yang digunapakai adalah Sistem ILMU (Integrated Library Management Utility). Pusat Sumber PNS menggunakan perisisan sistem ILMU PERINTIS tahun 2007, versi ILMU2007.10.0.0 yang diperoleh pada tahun 2010.
Pusat Sumber PNS sentiasa berusaha untuk memantapkan mutu perkhidmatan agar sejajar dengan keperluan dan kehendak semasa warga PNS terutama dalam menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Bagi tujuan tersebut, pelbagai perkhidmatan yang disediakan seperti:
Perkhidmatan Sirkulasi
Perkhidmatan Rujukan
Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)
Perkhidmatan Internet
Perkhidmatan WebOPAC
Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak Pusat Sumber PNS bagi menyokong pengajaran, pembelajaran, dan penyelidikan warga PNS ialah seperti:
Ruang Bacaan
Ruang Santai
Ruang OPAC
Ruang Pameran
Pusat Komputer
Pusat Swacapai
Pusat Pelajar
Pusat Ilmu
Bilik Perbincangan
Bilik Jubah
Bilik Multimedia
Bilik Rujukan Terhad
Lokar
Terdiri daripada pelbagai subjek dan disusun di rak terbuka dan bilik ‘Red Spot’ (Aras 1) sebagai rujukan dan pinjaman. Bahan terdiri daripada koleksi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pusat Sumber PNS menggunakan sistem klasifikasi ‘Library of Congress Classification’ (LCC) dalam menentukan nombor panggilan bagi bahan dan ‘Library of Cataloguing Subject Heading’ (LCSH) bagi menentukan tajuk perkara. Kedua-dua ini digunakan bagi penyusunan bahan di atas rak.
.