Bersama para pelajar dan laoshe di dalam premis lama
Sesi bergambar bersama laoshe di luar premis lama
Pusat Rawatan dan Pelatihan Al Raed adalah salah satu kesinambungan dari awalnya pembentukan Bekam Al Mehdi. Bekam Al Mehdi adalah merupakan satu perjuangan dalam memperkenalkan sunnah Nabi Muhammad SAW kepada masyarakat. Itulah niat awalnya, untuk menjadikan perawatan bekam mudah dilakukan oleh semua muslimin dan muslimat. Ini kerana pada awal penubuhan Bekam Al Mehdi, hanya sedikit sahaja pusat bekam yang ada di lembah klang.
Tahun demi tahun berlalu, terdapat kenalan yang memperkenalkan ilmu akupuntur. Alhamdulillah, seiring berjalan dengan waktu, pelbagai kelas, kursus dan latihan yang telah dipelajari. Pusat Rawatan Akupuntur telah pun dibuka, sepanjang perawatan terdapat pelbagai masalah dan keluhan pesakit yang berjaya diikhtiar. Alhamdulillah
Walaubagaimanapun, proses dalam pencarian ilmu Akupuntur tidak berhenti disitu, kerana merasakan ilmu yang ada masih tidak mencukupi, maka diambil keputusan untuk terbang ke luar negara, Indonesia. Dari satu kursus ke satu kursus, dari satu kelas ke satu kelas dalam usaha untuk memantapkan ilmu. Dari Jakarta ke Bandung, dari Purwakarta ke Medan, begitulah getirnya usaha dalam meraih ilmu.
Proses pembelajaran kali ini amat berbeza sekali, Ilmu teori dan Praktikal yang diajarkan adalah berbeza dengan kelas, kursus, pelatihan yang lain. Setelah melalui beberapa kelas dan latihan, akhirnya perlu menduduki ujian di Indonesia dan seterusnya menyambung pembelajaran di Chengdu, China.
Proses pembelajaran di Chengdu University of TCM (CDUTCM) bermula, dari kelas sehingga akhirnya mengambil ujian disana. Ilmu akupuntur tidak pernah berhenti berevolusi dan terdapat institut yang sentiasa membuat kajian mengenai akupuntur. Di Universiti tersebut juga terdapat Hospital Akupuntur yang gah dan perubatan akupuntur adalah merupakan pilihan utama disana,
Tn Hj Mahadizan Hamzah berjaya dalam ujian universiti dan dinobatkan sebagai pelajar melayu pertama di CDUTCM. Selain itu, beliau diberi pengiktirafan untuk menjadi perantara universiti bagi melatih pelajar di Malaysia sebelum dibawa ke universiti untuk menduduki ujian disana. Setiap hujung tahun, Tn Hj Mahadizan akan membawa pelajar Akupuntur untuk menduduki ujian di Chengdu, China.
Pusat Rawatan dan Pelatihan Al Raed sentiasa berkembang dan menawarkan perkhidmatan yang terbaik bagi setiap masyarakat yang hadir. Kami membuka tangan seluasnya untuk para perawat, pesakit dan setiap lapisan masyarakat untuk ke premis kami.
Doakan kami dalam usaha memberikan perawatan yang mampu milik kepada masyarakat, InshaaAllah ianya alami sepenuhnya tanpa menggunakan kimia dan ubat. Terima kasih.
Wakil tunggal pelajar Melayu Malaysia di University Chengdu, bergambar bersama rektor universiti.
Program BakSos di Indonesia
Menduduki peperiksaan di Indonesia
Kelas Akupuntur oleh Laoshe di Al Raed Training Centre, Bukit Jalil
Kursus di Alor Setar, Kedah selama 6 bulan
Pelajar paling veteran, bekas MO menusuk jarum
Mengunjungi simposium kesihatan di universiti
Hadiah Buat Rektor dari Al Raed Wellness Centre
Bergambar bersama rektor universiti setelah lulus ujian
Roadshow akupuntur di Islamic Finance Research
Pemeriksaan Diagnosa Kesihatan
Rawatan Akupuntur Percubaan kepada pelajar luar negara
Pemeriksaan Tekanan Jantung dan Rawatan di Roadshow PEMADAM dan DBKL
Hadir para tetamu dan VIP ke meja Al Raed Wellness
Penerangan setelah sesi Diagnosa
Untuk Pertanyaan,
017 881 0691 - En. Adil
0178816192 - Cik Fatiha