Rawatan Akupuntur, Bekam, Guasa, Moksa, Tuina dan Herba.
Nasihat Pemakanan dan Nutrisi Sihat serta Homeopati
Jualan Produk Pemakanan Organik
Kelas Akupuntur Dasar dan Lanjutan (Malaysia dan China)
Kursus Pra-Perawat dan Perawat Kompeten
Praktikal Akupuntur dan Bekam bagi perawat pemula
2023 YiZong Southeast Asia Traditional Chinese Medicine Fire Needle Training Class
Disember 2023, buat julung kalinya setelah endemik Covid-19 berakhir telah berlangsung satu program di China yang telah disertai oleh YiZong College of Traditional Chinese Medicine, Malaysia. Seramai 6 orang telah terpilih dan diketuai oleh Tuan Haji Mahadizan Hamzah selaku ketua bagi delegasi YiZong Malaysia.
Beliau akan membawa para pelajar ke Chengdu, China pada setiap hujung tahun bagi mereka menghadiri ujian asas akupuntur dan setelah berjaya akan menduduki kelas akupuntur lanjutan (advanced).
Kelas lanjutan Akupuntur ini adalah merupakan ilmu akupuntur yang akan dipelajari setelah para pelajar berjaya menguasai teknik akupuntur asas dahulu.
Kelas Akupuntur Asas bagi YiZong Malaysia 2024 akan diajarkan di Al Raed Wellness Centre, Kuala Lumpur.
Kursus Pembangunan Perawat Perubatan Tradisional dan Komplimentari (PTK) // Diagnosa Wajah - Moden
Tarikh: 4 hingga 5 November 2023
Hari: Sabtu dan Ahad
Lokasi: Al Raed Training Centre, Kuala Lumpur. ( Bandar Baru Sri Petaling)
Pusat Rawatan & Latihan Al Raed, Kuala Lumpur, Malaysia dengan kerjasama BIMA Akupuntur Centre, Medan, Indonesia buat julung kalinya akan mengadakan Pelatihan Diagnosa Wajah - Moden.
Pelajar mempelajari 3 buah buku Diagnosa Wajah selama 2 hari dan akan dipertimbangkan untuk mengikuti Kursus Akupuntur YiZong (Dasar & Advance) – Program 6 hingga 9 bulan dengan potongan yuran eksklusif.
Daftar segera, tempat adalah terhad.
017 881 0691 - En. Adil
0178816192 - Cik Fatiha
Kami menyediakan pelbagai khidmat rawatan berasaskan bekam. Terdapat Bekam Api, Bekam Angin, Bekam Kiro, Bekam Luncur dan Bekam Basah. Walaubagaimanapun, penetapan kaedah rawatan adalah berdasarkan diagnosa atau hasil pemeriksaan perawat. Ini bertujuan untuk memberikan kaedah rawatan yang terbaik berdasarkan keluhan pesakit. InshaaAllah, semoga cepat sembuh.
Akupuntur adalah satu ilmu perubatan kuno yang telah berevolusi selama ribuan tahun. Penetapan kaedah rawatan Akupuntur adalah sangat meluas kerana mempunyai pelbagai teknik yang berbeza dalam merawat permasalahan. Ada antara penyakit atau permasalahan yang boleh dirawat dengan Akupuntur seperti Insomnia (susah tidur), Anxiety Disorder atau Panic Attack, Sakit Otot dan Saraf.
Ilmu diagnosa Traditional Chinese Medicine( TCM) adalah salah satu cabang awal penetapan mengubat pesakit. Proses kenal pasti permasalahan yang lebih dalam dapat membantu proses pesakit sembuh dengan lebih cepat. Antara ilmu diagnosa adalah seperti Diagnosa Wajah, Diagnosa Lidah, Palpasi (palpation) Nadi dan Pengamatan Mata dan Telinga. Kelas diagnosa sesuai untuk dipelajari oleh mereka yang telah lama dalam bidang TCM.
Sesi photo bersama para pelajar dan laoshe di dalam premis lama
Sesi bergambar bersama laoshe di luar premis lama
Pusat Rawatan dan Pelatihan Al Raed adalah salah satu kesinambungan dari awalnya pembentukan Bekam Al Mehdi. Bekam Al Mehdi adalah merupakan satu perjuangan dalam memperkenalkan sunnah Nabi Muhammad SAW kepada masyarakat. Itulah niat awalnya, untuk menjadikan perawatan bekam mudah dilakukan oleh semua muslimin dan muslimat. Ini kerana pada awal penubuhan Bekam Al Mehdi, hanya sedikit sahaja pusat bekam yang ada di lembah klang.
Tahun demi tahun berlalu, terdapat kenalan yang memperkenalkan ilmu akupuntur. Alhamdulillah, seiring berjalan dengan waktu, pelbagai kelas, kursus dan latihan yang telah dipelajari. Pusat Rawatan Akupuntur telah pun dibuka, sepanjang perawatan terdapat pelbagai masalah dan keluhan pesakit yang berjaya diikhtiar. Alhamdulillah
Walaubagaimanapun, proses dalam pencarian ilmu Akupuntur tidak berhenti disitu, kerana merasakan ilmu yang ada masih tidak mencukupi, maka diambil keputusan untuk terbang ke luar negara, Indonesia. Dari satu kursus ke satu kursus, dari satu kelas ke satu kelas dalam usaha untuk memantapkan ilmu. Dari Jakarta ke Bandung, dari Purwakarta ke Medan, begitulah getirnya usaha dalam meraih ilmu.
Proses pembelajaran kali ini amat berbeza sekali, Ilmu teori dan Praktikal yang diajarkan adalah berbeza dengan kelas, kursus, pelatihan yang lain. Setelah melalui beberapa kelas dan latihan, akhirnya perlu menduduki ujian di Indonesia dan seterusnya menyambung pembelajaran di Chengdu, China.
Proses pembelajaran di Chengdu University of TCM (CDUTCM) bermula, dari kelas sehingga akhirnya mengambil ujian disana. Ilmu akupuntur tidak pernah berhenti berevolusi dan terdapat institut yang sentiasa membuat kajian mengenai akupuntur. Di Universiti tersebut juga terdapat Hospital Akupuntur yang gah dan perubatan akupuntur adalah merupakan pilihan utama disana,
Tn Hj Mahadizan Hamzah berjaya dalam ujian universiti dan dinobatkan sebagai pelajar melayu pertama di CDUTCM. Selain itu, beliau diberi pengiktirafan untuk menjadi perantara universiti bagi melatih pelajar di Malaysia sebelum dibawa ke universiti untuk menduduki ujian disana. Setiap hujung tahun, Tn Hj Mahadizan akan membawa pelajar Akupuntur untuk menduduki ujian di Chengdu, China.
Pusat Rawatan dan Pelatihan Al Raed sentiasa berkembang dan menawarkan perkhidmatan yang terbaik bagi setiap masyarakat yang hadir. Kami membuka tangan seluasnya untuk para perawat, pesakit dan setiap lapisan masyarakat untuk ke premis kami.
Doakan kami dalam usaha memberikan perawatan yang mampu milik kepada masyarakat, InshaaAllah ianya alami sepenuhnya tanpa menggunakan kimia dan ubat. Terima kasih.
Wakil tunggal pelajar Melayu Malaysia di University Chengdu, bergambar bersama rektor universiti.
Program BakSos di Indonesia
Menduduki peperiksaan di Indonesia
Kelas Akupuntur oleh Laoshe di Al Raed Training Centre, Bukit Jalil
Kursus di Alor Setar, Kedah selama 6 bulan
Pelajar paling veteran, bekas MO menusuk jarum
Mengunjungi simposium kesihatan di universiti
Hadiah Buat Rektor dari Al Raed Wellness Centre
Bergambar bersama rektor universiti setelah lulus ujian