Pn Ngo Siau Lin merupakan seorang guru Sejarah. Beliau mula mengajar di SMK Seremban Jaya pada tahun 2004. Sebelum bertukar ke SMK Seremban Jaya beliau bertugas di SMK Sri Pagi dan menjawat jawatan sebagai Penyelaras Pusat Sumber Sekolah (PSS). Di sebabkan pengalaman yang banyak dan seorang guru yang sangat komited beliau telah dilantik memegang jawatan yang sama ketika di SMK Seremban Jaya. Pada ketika ini sekolah baru sahaja beroperasi jadi beliau merupakan penggerak kepada utama kepada kelancaran perjalanan Pusat Sumber Sekolah sehingga kini.
Pn Hamidah binti Mohd Noor merupakan seorang guru Bahasa Melayu. Beliau mula berkhidmat di SMK Seremban Jaya pada tahun 2004. Sebelum berpindah ke SMK Seremban Jaya beliau berkhidmat di SMK Seri Pagi. Beliau dilantik menjadi penyelaras Pusat Sumber Sekolah pada tahun 2013 menggantikan Pn Ngo Siau Lin yang dilantik menjadi Ketua Panitia matapelajaran Sejarah.
Pn Maziah binti Muhamad mula berkhidmat di SMK Seremban Jaya pada tahun 2008. Beliau merupakan guru Matematik. Beliau dilantik menjadi Guru Perpustakaan dan Media (GPM) pada tahun 2014. Dalam tempoh ini beliau telah melonjakkan penggunaan Frog Vle bekerjasama dengan penyelaras ICT Pn Norazura Ujang. Selain itu, beliau pernah menganjurkan bicara penulis dengan penjemput penulis buku dan mengadakan pameran buku dari Dewan Bahasa dan Pustaka ke sekolah. Beliau berpindah ke SMK Puteri pada tahun 2020.
Beliau merupakan seorang guru Matematik. Mula mengajar di SMK Seremban Jaya pada tahun 2004. Mula mengambil alih tugas sebagai GPM pada tahun 2016 sehingga kini. Fokus utama adalah untuk menjadikan PSS dikenali dikalangan warga SMK Seremban Jaya.