NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca telah mengalami pelbagai tranformasi sejak ia diperkenalkan. Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pelajaran perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berkesan.
Untuk Maklumat lanjut berkenaan NILAM anyflip.com/xdjeh/fofu/
Logo NILAM SMK Seremban Jaya dicipta oleh En Ahmad Zaini bin Baharun. Beliau merupakan seorang guru yang kreatif dan sering mengetengahkan idea-idea baru untuk pembangunan dan kecemerlangan murid. Beliau merupakan guru Pendidikan Khas dan Integrasi sekolah ini. Begitu banyak perubahan yang telah beliau lakukan bersama-sama dengan rakan guru dan staf PPKI untuk memastikan kemenjadian murid PPKI seiring dengan murid-murid di aliran perdana.
REKOD BACAAN MURID E-NILAM forms.gle/sPkRiH6R4VTipNXP9