NILAM merupakan penggabungan semua aktiviti galakan membaca. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun. Markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah murid tamat persekolahan. NILAM adalah progam wajib sekolah di bawah arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 yang bertarikh 22 Mei 1998.
Matlamat NILAM
NILAM merupakan satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.
Objektif NILAM
Menjadikan murid banyak membaca. Pembacaan perlu melibatkan semua genre, bahan yang berkualiti dan tidak terkongkong kepada pembacaan yang berorientasikan peperiksaan sahaja.
Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Melahirkan tokoh murid yang berketrampilan dalam pembacaan, mempunyai sifat kepimpinan, berani berhadapan dengan khalayak, berkeyakinan tinggi dan berpengetahuan luas.
Melahirkan lebih ramai golongan murid yang cintakan bahan bacaan, menjadikannya sebagai satu budaya dan menjadi role model kepada rakan-rakan yang lain.
Menjadi pemangkin terhadap budaya membaca dalam masyarakat.
PENYELARAS NILAM ARUS PERDANA
PENYELARAS NILAM PPKI