BULAN BERTEMA 2019
JANUARI - BULAN KEBAIKAN / KINDNESS MONTH
Hari pertama persekolahan 2019 - Sesi berjabat salam bertanya khabar dan mengucapkan ucapan tahun baharu diikuti dengan Majlis Pelancaran Bulan Kebaikan / Kindness Month peringkat sekolah. Yang Berbahagia datin Siti Norbaya binti Mansor merasmikan kotak "Donation Drive - TV3 Bersamamu". Kotak tersebut akan ditempatkan di Pusat Sumber Sekolah. Semua pelajar dan ibubapa boleh meletakkan sumbangan mereka dalam tempoh satu minggu.
Poster digital ini disebarluaskan ke semua warga sekolah serta penjaga pelajar SMKPP11(1).
Hari penyerahan sumbangan yang disampaikan pada waktu perhimpunan mingguan.
Hos Bersamamu - Cik teh Syuhaida.
Hari rakaman bersama pihak TV3 Bersamamu.
Hasil sumbangan ibu bapa dan guru-guru.
Tabung-tabung yang diedarkan ke kelas-kelas untuk mengumpulkan sumbangan duit dari pelajar.
Penyerahan sumbangan bahan makanan dan kutipan wang tunai berjumlah RM3648.00.
Rakaman temuramah bersama Yg Berbahagia Datin Siti Norbaya binti Mansor.
Meja yang disediakan di Pusat Sumber Sekolah untuk mengumpulkan sumbangan bahan makanan.
PSS menyediakan kertas berbentuk daun dan setiap pelajar yang masuk ke PSS akan menulis nota terima kasih kepada kawan-kawan. Program ini berlangsung sepanjang bulan.
Program ini dijalankan oleh Unit PPKI bersama "GOLD" Bakery (Generating Oppurtunities for Learning Disables). Jualan "Kindness Cookies" ini dijalankan semasa Hari Terbuka Genosis yang dihadiri oleh ibubapa pelajar-pelajar tingkatan satu di dewan sekolah.
Satu kotak "Kindness Box' diletakkan di dalam Pusat Sumber Sekolah. Setiap pelajar yang ingin turut serta menyertai cabutan bertuah dikehendaki menulis satu "act of kindness" yang pernah dilakukan. Setiap waktu perhimpunan, Datin Pengetua akan membuat 5 ke 10 cabutan, dan pelajar-pelajar yang bertuah akan mendapat hadiah.
Cabutan bertuah mingguan.
FEBRUARI -BULAN SUKAN & KESIHATAN/
SPORTS AND HEALTH MONTH
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Puan Sharifah Zukhaireen Shahabudin binti Syed Zulflida, Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran. Bulan Sukan dan Kesihatan peringkat sekolah disambut sepanjang bulan Februari dengan aktiviti yang telah disusun oleh Pusat Sumber Sekolah.
2 buah meja ping pong dibuka di lobi sekolah. Pelajar-pelajar boleh meluangkan waktu rehat dengan bermain pin-pong dan kawasan dikawal oleh Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Aktiviti ini ialah kerjasama dengan Kelab Ping Pong.
Jemputan Cik Qhouirunnisa’ Endang Wahyudi ke sekolah untuk membuat demonstrasi "Freestyle Football" pada waktu Kokurikulum.
Jualan Makanan Sihat diuruskan oleh Panitia PVMA dan Unit Kesihatan. Makanan dijual pada waktu rehat di lobi sekolah.
MAC -BULAN TANPA PLASTIK DAN KEMPEN KITAR SEMULA / NO PLASTIC AND 3R CAMPAIGN MONTH
Program Beach Clean-Up di Bagan Lalang diadakan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang dan SWCorp.Program diadakan pada 21 Mac 2019 pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengahari. Pusat Sumber Sekolah bekerjasama dengan Pantia Geografi, Panitia Sivik dan kelab Kitar Semula.
Pusat Sumber Sekolah menyelaras “EcoBricks Challenge’ anjuran bersama pihak Bandar Hijau, Perbadanan Putrajaya. Pada 11 Mac dalam waktu perhimpunan, satu demo membuat Ecobricks ditunjukkan kepada semua pelajar. Demo dijalankan oleh Siti Khadijah dan Intan dari kelas 3 ALF. Peserta-peserta Ecobricks diberi taklimat dari masa ke semasa bagi memastikan projek kumpulan berjalan lancar.
Puan Wang Tze dari Bandar Hijau, Perbadanan Putrajaya datang ke sekolah pada 26 April 2019 jam 10.00 pagi. Ketiga-tiga kumpulan berkumpul di dalam Pusat Sumber Sekolah dan membuat pembentangan tentang produk Ecobricks masing-masing. Selesai pembentangan, Puan Wang meneruskan dengan acara penjurian.
Tempat pertama: Ecosystem
Tempat kedua: Elysium
Tempat ketiga: Awesome Teens
Pameran amalan kitar semula oleh Alam Flora dan Perbadanan Putrajaya. Pada 13 Mac 2019, pihak DHES menghantar sebuah lori pameran bergerak ke sekolah untuk semua pelajar diberi pendedahan tentang kebaikan kitar semula. Pameran dimulakan dengan ceramah kitar semula diikuti dengan jadual lawatan mengikut tingkatan ke tapak pameran.
INTER-CLASS RECYCLING CHALLENGE
Pertandingan antara kelas ini dikelolakan oleh Panitia RBT dan Unit HEM pada 13 Mac 2019. Pihak Pusat Sumber Sekolah terlibat dalam hebahan program serta pengurusan hadiah. Setiap kelas diminta menghantar barang-barang kitar semula ke tapak yang disediakan. Pemenangnya ialah kelas 3 Al- Khindi.
B.Y.O.B - BRING YOUR OWN BOTTLE
Air percuma ditempatkan di lobi sekolah pada tarikh yang ditetapkan. Pelajar hanya perlu membawa botol kosong untuk diisi.
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER " SAYANGI BUMI"
Pertandingan melukis poster bertemakan sayangi alam sekitar diadakan di Pusat Sumber Sekolah pada 20 Mac 2019 jam 3:00 hingga 5:00 petang waktu Kokurikulum. Pertandingan terbuka untuk semua pelajar yang berminat.
APRIL - BULAN MEMBACA / READING MONTH
MAJLIS PELANCARAN BULAN MEMBACA/ READING MONTH
Meraikan Puan Nurul Zamina yang berjaya berkarya melalui penulisan.
Majlis Pelancaran Bulan Membaca/ Reading Month
BOOK DRIVE / BOOK DONATION
Kotak sumbangan buku daripada pelajar ditempatkan di PSS selama sepanjang bulan.
TANGRAM CHALLENGE
Set Tangram disediakan oleh PSS dan Panitia Matematik menyediakan hadiah untuk pemenang. Sesi tangram Challenge ini diadakan pada waktu rehat menengah atas dan menengah rendah dan ia terbuka untuk semua pelajar yang berminat.
BENGKEL MELUKIS KOMIK BERSAMA NAZR SYAFF
Bengkel diadakan pada 17 April 2019 di PSS. Saudara Nazr Syaff dijemput ke sekolah untuk mengajar pelajar tentang asas melukis komik. Bengkel diadakan pada jam 10.15 hingga 12.30 tengahari dan terbuka kepada pelajar yang berminat sahaja.
Seramai 30 orang pelajar yang mendaftarkan diri dan berjaya mengikuti bengkel dengan baik.
JUALAN BUKU GALERI ILMU SDN BHD
Jualan dijalankan pada waktu rehat pada 18 April 2019.
CABARAN SAHIBBA
Pertandingan terbuka untuk pelajar-pelajar yang berminat. Diadakan pada 24 April 2021 pada waktu Kokurikulum, pertandingan ini adalah usahasama Panitia Bahasa Melayu dan PSS. Hakim pertandingan ialah Puan Siti Hasina dan Puan Rohaisita.
JOM BACA 10 MINIT
Program tahunan ini dijalankan pada 26 April 2019.
INTER CLASS STATION GAMES
Program ini merupakan usahasama PSS dan Panitia Bahasa Inggeris. Setiap kelas menghantar 10 orang peserta dan setiap pasukan akan mengambil bahagian dalam setiap stesen. Setiap guru ditugaskan di setiap stesen dan markah direkodkan.
RUBIKS CUBE CHALLENGE
Rubiks Cube Challenge ini diadakan pada waktu rehat pada 24 April 2019 untuk kategori menengah rendah. Manakala, pada 25 April 2019 pertandingan untuk menengah atas diadakan.
QUIZIZZ -AROUND THE WORLD
Diadakan pada 10 April 2019 dalam waktu rehat. Soalan disediakan oleh GPM, hadiah dari koperasi.
JUN - BULAN KESEDARAN KEPENGGUNAAN DAN KESEDARAN KEWANGAN / CONSUMERISM AND FINANCIAL AWARENESS MONTH
MAJLIS PELANCARAN BULAN KESEDARAN KEPENGGUNAAN DAN KESEDARAN KEWANGAN
QUIZIZZ -WORLD CURRENCY
Diadakan dalam waktu rehat dan terbuka kepada pelajar-pelajar yang berminat sahaja.
LAWATAN KE SASANA KIJANG, KUALA LUMPUR
Lawatan diadakan pada 24 Jun 2019, peserta lawatan adalah dalam kalangan pelajar jurusan akaun, ekonomi dan perniagaan
EXPLORACE
Soalan-soalan Explorace disediakan oleh persatuan dan kelab yang terlibat. Pertandingan diadakan dalam waktu Kokurikulum pada 19 Jun 2019.
JULAI- BULAN STEM / STEM MONTH
SCIENCE QUIZIZZ
PSS menyediakan hadiah untuk pemenang aktiviti Bulan Stem.
Quizizz diadakan pada waktu rehat pada tarikh yang ditetapkan.
OGOS- BULAN KEMERDEKAAN / INDEPENDENCE MONTH
JEJAK PERDANA MENTERI - LAWATAN KE MUZIUM
Lawatan dimulakan ke Muzium Diraja ; Pameran Raja Kita. Semua peserta didedahkan dengan bahan-bahan pameran diraja seperti cokmar dan sebagainya. Selesai lawatan ke Muzium Diraja, lawatan diteruskan ke Tugu Negara. Seterusnya, peserta lawatan singgah di Galeria Seri Perdana yang merupakan rumah rasmi Tun Mahathir bin Mohammad ketika menyandang jawatan Perdana Menteri tahun 2004.
Lawatan diteruskan ke Galeri Tun Hussein Onn dan Memorial Negarawan. Kuiz Jejak Perdana Menteri diadakan di dewan Galeria Tun Hussein Onn. Sebanyak 10 soalan diajukan oleh Puan Asmahan, selaku Ketua panitia Sejarah. Soalan diberikan berdasarkan fakta yang didapati sepanjang lawatan.
QUIZIZZ PERDANA MENTERI DAN PAMERAN BERTEMA DI PSS
SEPTEMBER- BULAN KESENIAN DAN APRESIASI MUZIK / ARTS AND MUSIC APPRECIATION MONTH
OPEN STAGE
Pentas di lobi di buka untuk pelajar mempersembahkan bakat mereka.
MENCANTING BATIK
Aktiviti mencantik batik diurus oleh Panitia PSV. Meja dan sampel batik diletakkan di lobi. Pelajar -pelajar meluangkan masa mencanting batik pada waktu rehat.
PERTANDINGAN MELUKIS KOMIK TEMA "ALAM SEKITAR"
PERTANDINGAN TULISAN KHAT 'ASMAUL HUSNA'
Pertandingan ini adalah anjuran PSS bersama Panitia Syariah Islamiah. Terbuka kepada semua pelajar.
BRUSH LETTERING WORKSHOP
Damia Syafiqah dari 3IBH memberi tunjuk ajar kepada peserta bengkel tentang brush-lettering. Diadakan pada 25 September jam 2.30 petang di PSS.
OKTOBER- BULAN BAHASA / LANGUAGE MONTH
OPEN MIC - IMPROMPTU SPEECH CHALLENGE
Program Panitia Bahasa Inggeris diadakan pada 8 Oktober pada jam 10.30- 12.30 tengahari di lobi sekolah.
OPEN MIC - PIDATO SUPER SPONTAN
Program Panitia Bahasa Melayu diadakan pada 11 Oktober pada jam 10.30- 12.30 tengahari di lobi sekolah.
ZINGO CHALLENGE
Program Panitia Bahasa Inggeris, perlawanan antara kelas-kelas.
QUIZIZZ BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS
NOVEMBER- BULAN PENYAYANG/ CARING MONTH
SUKARELAWAN ZOO NEGARA
Program ini diadakan pada 13 November 2019. Seramai 80 orang pelajar diiringi dengan 4 orang guru. Program Sukarela Zoo Negara ini adalah program Panitia Sivik sempena Bulan Penyayang.