ANUGERAH E-NILAM PERINGKAT NEGERI MELAKA DAN KEBANGSAAN
Anugerah e-Nilam Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan telah dikelolakan oleh Sektor Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Pahang melibatkan semua sekolah pendidikan khas di Malaysia. Pada tahun ini,seramai dua orang murid SKPKM telah mewakili sekolah dalam pertandingan e-NILAM Peringkat Kebangsaan bagi Kategori Kurang Upaya Pendengaran Rendah Lelaki dan Perempuan. Tahniah dan syabas kepada adik Fatin Nur Balqis Binti Abdullah dan adik An'nas Idi Muzhaffar Bin Mohd Idi Noor kerana telah berjaya mendapat tempat keempat dan keenam bagi pertandingan ini. Diharapkan semoga kejayaan ini menjadi satu usaha untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang. Terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru dan pihak sekolah yang sering membantu dalam aktiviti bacaan NILAM sekolah.
LINK ULASAN BUKU FATIN NUR BALQIS : https://youtu.be/7PWW03ZQY4M
LINK ULASAN BUKU AN'NAS IDI MUSZHAFFAR : https://youtu.be/z0O5pDOGetw
Tahniah kepada semua murid SKPKM yang berjaya mendapat bintang NILAM. Teruskan usaha anda membaca!