Program Jom Baca 10 Minit oleh warga SKPK Melaka telah diadakan pada 22 April 2021.
Tahniah semua warga SKPKM. Jom saksikan video aktiviti Jom Baca
#jombaca
Pelancaran NILAM, Kempen Galakan Membaca dan Google Classroom telah dijalankan pada 8 Mac 2021 melalui Google Meet. Dirasmikan oleh Guru Besar SK Pendidikan Khas Melaka, En Mohd Zaki Bin Baharom. Saksikan persembahan "Poem" bertajuk "Toes" oleh murid-murid Tahun 6 Anggerik. Kolaborasi antara Unit PSS dan HIP Programme dari Panitia Bahasa Inggeris.
Pada 26 Januari 2021, hari selasa jam 2.30 petang telah diadakan Taklimat IQ NILAM dan LDP Google Classroom anjuran Unit PSS, Unit NILAM dan Unit ICT. Taklimat dan LDP telah dijalankan secara Google Meet bersama semua guru dan ppm. Taklimat IQ NILAM telah disampaikan oleh Pn Nurul Hidayah Binti Adnan, Guru Perpustakaan dan Media SKPKM dan LDP Google Classroom disampaikan oleh En Ahmad Faris Bin Abdul Kirom, Guru ICT SKPKM.
Pada 15 Februari 2021, Majlis Watikah Pelantikan Pengawas dijalankan secara Google Meet. Seramai 12 orang pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan telah ditauliahkan iaitu 5 orang pengawas perpustakaan dan 7 orang pengawas sekolah. Tahniah dan syabas diucapkan dan diharapkan dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya.
Pertandingan Animasi Digital Story Telling
SKPKM sekali lagi menyertai Pertandingan Animasi Digital Story Telling Peringkat Negeri Melaka. Tajuk Animasi yang dipilih pada tahun ini adalah Jiran Prihatin. Murid-murid yang menyertai pertandingan ini adalah adik Qayyum Ar Rayyan Bin Abdullah, adik Muhammad Adam Haikal Bin Abdullah dan adik An'nas Idi Muzhaffar Bin Mohd Idi Noor. Terima kasih juga kepada Cikgu Ahmad Faris Bin Abdul Kirom, Cikgu Nurul Hidayah Adnan dan Cikgu Noorhayati Binti Abdul Rahim yang bekerjasama dalam membantu proses pembikinan animasi serta skrip cerita. Tahniah SKPKM telah mendapat tempat ke-6 dalam pertandingan ini.