PERATURAN AM PUSAT SUMBER
PERATURAN AM PUSAT SUMBER
Untuk menjaga ketenteraman pusat sumber dan melicinkan lagi pentadbirannya, pengguna diminta memberi perhatian dan patuh kepada peraturan-peraturan pusat sumber. Perkara-perkara utama dalam peraturan ini adalah seperti berikut:
Mematuhi semua kenyataan dan arahan yang terdapat di dalam pusat sumber.
Berkelakuan baik dan berpakaian kemas sesuai dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak IPGM.
Sentiasa SENYAP sewaktu berada di pusat sumber.
Dilarang menanda, menconteng, merosak atau memusnahkan mana-mana harta kepunyaan pusat sumber. Mereka yang ingkar akan dikenakan tindakan tatatertib.
Pengguna yang didapati membawa keluar atau memiliki bahan-bahan pusat sumebr tanpa bukti pinjaman atau tanpa kebenaran Ketua Pusat Sumber, akan diambil tindakan tatatertib.
Dilarang mengalihkan bahan-bahan koleksi perabot dari tempat asal.
Barang-barang persendirian (contoh: beg, fail, buku, teks dll.) TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke pusat sumber. Barang-barang persendirian berkenaan hendaklah diletakkan di rak menyimpan barang disediakan.
Koleksi bahan yang telah dipinjam dari pusat sumber tidak dibenarkan dibawa masuk kecuali dengan urusan pemulangan.
Dilarang makan dan minum semasa berada di pusat sumber.
Penggunaan telefon bimbit TIDAK DIBENARKAN dalam pusat sumber.
Bahan bacaan yang telah digunakan hendaklah diletakkan di troli yang telah disediakan/rak asal.
Pengguna bertanggungjawab atas kerosakan dan kehilangan koleksi bahan yang digunakan/dipinjam (sila rujuk panduan perkhidmatan dan kemudahan pusat sumber).
Pengguna pusat sumber yang membuat salinan fotostat dari koleksi bahan pusat sumber adalah bertanggungjawab sepenuhnya di atas perkara yang tertakluk dengan Akta Hak Cipta 1987 (Copyright Act 1987).
Semua koleksi bahan milik pusat sumber yang dipinjam hendaklah dikembalikan ke pusat sumber apabila pengguna pusat sumber meninggalkan IPGM Kampus Pendidikan Islam kerana bertukar tempat kerja, bersara, tamat kursus atau cuti belajar dll.
Segala perbincangan hendaklah dijalankan di kalangan kumpulan lelaki dan wanita yang berasingan. Pengguna dilarang sama sekali duduk berdua-duaan antara lelaki dan wanita.
kakitangan yang bertugas berhak menegur pengguna yang melanggar peraturan pusat sumber.
PENGGUNA PUSAT SUMBER
Mereka yang tertakluk di bawah peraturan ini terdiri dari staf akademik, staf sokongan dan pelajar IPGM Kampus Pendidikan Islam termasuk pengguna yang telah menerima kebenaran khas Pengarah IPGM Kampus Pendidikan Islam.
KEAHLIAN PUSAT SUMBER
Syarat utama keahlian adalah berdaftar sebagai ahli Pusat Sumber Al-Ghazali dengan mengisi borang keahlian yang boleh didapati di kaunter pusat sumber atau secara dalam talian.
Kad matrik/kad staf tidak boleh dipindah milik dan diguna oleh pengguna lain untuk tujuan pinjaman.
Pautan borang keahlian Pusat Sumber Al-Ghazali:
PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN
Tunjukkan KAD MATRIK anda sewaktu berurusan pinjaman/pemulangan bahan di kaunter sirkulasi.
Meminjam/memulang koleksi bahan bagi pihak orang lain adalah TIDAK DIBENARKAN.
Koleksi bahan yang dipinjam boleh diperbaharui tempoh pinjaman sekiranya bahan tersebut tidak ditempah oleh peminjam lain. Pembaharuan pinjaman boleh dilakukan sebanyak dua (2) kali sahaja.
KATEGORI BAHAN & JUMLAH BAHAN DIPINJAM