Program ini dianjurkan bagi memupuk minat kanak-kanak untuk membaca seterusnya membantu meningkatkan perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
Pencerita merupakan Ustazah Maryati Mohd. Amin yang merupakan Ketua Unit Pusat Sumber AL-Ghazali. Buku cerita yang digunakan untuk aktiviti ini bertajuk Pinjam Boleh? merupakan hasil penulisan Ustazah Maryati sendiri.
Aktiviti ini dijalankan pada 14 Jun 2022. Selain bercerita, para pelajar juga diminta untuk melukis berdasarkan imaginasi mereka selepas mendengar cerita yang disampaikan.
Kakitangan Pusat Sumber IPGKPI telah mengadakan Perkongsian Pintar ke Pusat Sumber IPG Raja Melewar pada 8 Jun 2022. Perkongsian Pintar ini adalah bertujuan untuk memantapkan pengurusan dan menaik taraf kemudahan Pusat Sumber IPGKPI.
Pusat Sumber Al-Ghazali telah melaksanakan Projek Sumbangan Buku kepada Perpustakaan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 3 Jun 2022. Projek ini merupakan salah satu usaha daripada Unit Pusat Sumber untuk menjalinkan kerjasama bersama perpustakaan yang berada di sekitar IPG Kampus Pendidikan Islam.
Projek Sumbangan Buku merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber Al-Ghazali (PSAG). Projek ini merupakan salah satu inisiatif PSAG dalam menambah koleksi bahan bacaan di Pusat Sumber dan dalam masa yang sama dapat memupuk sikap menderma di kalangan warga IPGKPI.
Bicara Tokoh merupakan program anjuran Unit Pusat Sumber Al-Ghazali (PSAG) sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan IPG KPI 2021.
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi Tahun 2021 di adakan di Dewan Nik Mohd Mohyiden Musa IPG KPI.