Tema: Perdagangan, Nilai (Komuniti)
Nelayan-nelayan di seluruh negeri Pulau Pinang telah menubuhkan unit nelayan masing-masing, mengikut kawasan. Sebagai contohnya, nelayan yang memancing di Sungai Batu telah menubuhkan Unit Nelayan Sungai Batu yang terdiri daripada 50-60 ahli.
"Unit" juga merujuk kepada suatu tempat yang di mana para nelayan dapat berkumpul, berehat dan bersosial bersama-sama, serta dapat melakukan aktiviti-aktiviti santai yang lain seperti menonton televisyen, berborak, bermain dam, makan dan membaiki jaring.
Unit Nelayan Sungai Batu adalah salah satu unit nelayan di bawah Persatuan Nelayan Pulau Pinang, sebuah organisasi peringkat negeri yang berperanan dalam menyatukan dan menyokong unit lain. Persatuan ini, yang juga dikenali sebagai Pen Mutiara, berfungsi sebagai kesatuan nelayan dengan mengadakan pemilihan/pilihanraya untuk melantik ahli bagi menjaga kepentingan mereka, dan juga bertanggungjawab dari sudut advokasi, tadbir urus dan kerjasama antara unit
Semua unit mempunyai hubungan dua hala dengan persatuan negeri. Nelayan sering menjual tangkapan mereka terus kepada persatuan, dan bukan kepada pembeli lain, kerana mereka boleh menerima bonus akhir tahun dari persatuan
Persatuan Nelayan Pulau Pinang beroperasi di bawah penyeliaan LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia), yang merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam menyokong dan mengawal kegiatan perikanan seluruh negara.
Sub-Tema: Ketaqwaan agama
Digelar oleh para nelayan sebagai rumah Allah, masjid merupakan sebuah tempat ibadah yang suci dan juga kawasan untuk sokongan komuniti.
Masjid menekankan 3 jenis hubungan yang penting kepada agama Islam, iaitu:
Dengan Allah
Dengan manusia lain dan komuniti (para pemuda)
Dengan kehidupan lain
Masjid juga sering terlibat dalam aktiviti amal seperti pengagihan makanan kepada golongan B40, bantuan kewangan untuk pendidikan para pelajar, serta insurans kematian.
Tema: Perdagangan, Nilai (Kebebasan)
Punca rezeki seorang nelayan, iaitu menangkap dan menjual ikan, membaiki jaring untuk orang lain dan penglibatan diri dalam aktiviti komuniti lain; menggambarkan betapa mereka menghargai autonomi mereka. Salah satu kebaikan bekerja sebagai seorang nelayan adalah mereka boleh mendapatkan hasil setiap hari. Perkara ini membolehkan mereka menguruskan masa dan komitmen mereka mengikut keperluan masing-masing. Para nelayan boleh menetapkan sendiri bila mereka ingin berehat, makan dan keluar menangkap ikan di laut.
Ada beberapa nelayan yang mengenang balik zaman gemilang mereka, di mana mereka dapat menjual 30 kilo tangkapan mereka di pasar, dan dapat hasil untung sebanyak RM 1000 dalam sehari!
Jika hasil sesuatu hari dianggap sebagai lumayan, nelayan-nelayan akan mengadakan upacara korban yang berunsur agama sebagai tanda bersyukur.
Tema: Perikanan, Nilai (Komuniti)
Maklumat penting yang tidak dirahsiakan. Kawasan tangkapan ikan yang baik bertukar setiap hari; dan selalunya dijumpai melalui kerjasama. Para nelayan dapat dilihat berteriak dan memberi isyarat untuk menandakan bahawa kawasan tertentu mempunyai hasil tangkapan yang lumayan.
Sesetengah nelayan mengibaratkan pencarian kawasan tangkapan ikan yang bagus dengan seorang yang buta cuba mencari jalan. Mereka tidak boleh "melihat" dengan senang di mana kawasan yang produktif, malah kena mengemudi lautan berlandaskan pengalaman dan mencari melalui kaedah "trial and error".
Pada zaman dulu, tukun tiruan digunakan sebagai alat penghalang kemasukan kapal tunda ke dalam kawasan yang telah dikhususkan untuk kegunaan nelayan tradisional (lihat "Zon"). Tukun tiruan ini akan memerangkap dan merosakkan pukat tunda. Namun nelayan Sungai Batu telah menyatakan bahawa akta yang menghalang pencerobohan kapal tunda telah menjadi semakin longgar ; tukun tiruan sekarang jarang digunakan, penyitaan terbuka tidak dilakukan oleh pihak berkuasa dan kapal tunda masih dapat beroperasi walaupun telah ditahan banyak kali. Nelayan-nelayan memberitahu mereka boleh dengar bunyi enjin kapal tunda yang lebih besar dalam kegelapan waktu malam. Perkara ini menyebabkan kekurangan dalam tangkapan para nelayan tradisional pada waktu siang keesokannya.
Sub-Tema: Kebebasan
Kerja kilang adalah suatu pekerjaan yang sering dirujuk oleh para nelayan apabila berbincang mengenai perkerjaan yang tidak melibatkan penangkapan hasil laut.
Walaupun ada segelintir nelayan yang pernah bekerja kilang dahulu dan berpendapat bahawa ianya adalah salah satu pekerjaan alternatif, ramai pekerja kilang, apatah lagi nelayan, tidak mampu membeli rumah di perumahan baru yang sedang dibina sebagai sebahagian projek penambakan laut.
Tema: Perikanan, Nilai (Profesionalisme)
Pukat nelayan mempunyai pelbagai bentuk, saiz, warna, dan bahan yang unik untuk tangkapan tertentu. Pukat bukan sahaja merupakan peralatan memancing yang penting malah merupakan sebuah artifak budaya. Kemahiran memperbaiki dan menggunakan dengan betul adalah antara kemahiran asas yang penting bagi seorang nelayan yang berpengalaman.
Pukat/ Jala yang diguna pakai oleh nelayan kini bukan lagi buatan tempatan, tetapi diimport dari Thailand. Perkara ini telah menyebabkan kenaikan harga pukat yang signifikan, iaitu dari RM30 ke RM 160!
Pukat ketam selalunya berwarna putih manakala pukat udang berwarna hijau ataupun merah jambu. Terdapat dua jenis pukat udang, iaitu pukat tangsi dan pukat yang diperbuat dari benang. Pukat tangsi diperbuat daripada nylon dan dua kali ganda lebih mahal dari pukat benang. Pukat benang pula diperbuat daripada benang kapas ataupun poliester yang mempunnyai ciri-ciri seperti panjang, nipis dan felksibel. Benang yang sama juga diguna pakai untuk menjahit dan menenun.
Tema: Perdagangan, Perikanan, Nilai (Profesionalisme)
Udang (ataupun prawn / shrimp dalam Bahasa Inggeris) bukan sahaja tangkapan utama para nelayan, malah merupakan asas kehidupan dan identiti mereka. Secara turun temurun, para nelayan tersebut telah menjadi pakar dalam menangkap udang, yang dahulunya boleh ditemui dengan banyak. Namun demikian, jumlah udang semakin berkurangan, salah satu akibat secara langsung daripada projek-projek penambakan tanah (lihat "Penambakan").
Kebanggaan nelayan-nelayan dengan kaedah tangkapan ikan mereka yang unik dan penyediaan mereka adalah bersebab: reputasi mereka dalam menjual udang yang manis dan segar jauh tersebar, melangkaui Pulau Pinang ke pelosok negara yang lain.
Restoran-restoran Cina berlumba-lumba untuk membeli udang menjelang Tahun Baru Cina sampai menyebabkan harga naik dari RM40-60 ke RM 70-80 sekilo semasa musim perayaan.
Risiko, atau "risk", merupakan sebahagian daripada kehidupan harian para nelayan. Ia merangkumi ketidaktentuan laut—arus yang berubah-ubah, ribut yang tiba-tiba, dan pergerakan angin serta ombak yang tidak menentu—selain bahaya fizikal daripada kerja berat seperti mengurus pukat dan tali yang besar, mengendalikan mesin, serta menyelenggara bot.
Dari segi kewangan, risiko melibatkan kos bahan api yang sentiasa meningkat dan kemungkinan pulang dengan tangkapan yang kurang daripada jangkaan, terutamanya apabila terpaksa pergi jauh dari kawasan menangkap ikan yang biasa. Dalam semua bahaya dan ketidakpastian yang datang bersama pekerjaan ini, projek penambakan tanah hanya menambahkan lagi risiko terhadap kelangsungan hidup para nelayan. (Lihat “Penambakan”).
Pukat yang digunakan oleh nelayan kini tidak lagi buatan tempatan; ia kini diimport dari Thailand, menyebabkan kenaikan harga yang ketara—daripada kira-kira RM30 sehingga RM160!
Pukat ketam biasanya berwarna putih, manakala pukat untuk udang selalunya berwarna hijau dan merah jambu. Terdapat dua jenis pukat udang: tangsi dan benang. Tangsi, yang diperbuat daripada nilon, adalah dua kali lebih mahal daripada benang, iaitu benang panjang, nipis tetapi fleksibel yang biasanya diperbuat daripada kapas atau poliester dan sering digunakan untuk menjahit, menenun dan menyulam.