Unit Nelayan Sungai Batu menerima bantuan dan sokongan yang konsisten daripada MyFundAction, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpusat di Shah Alam, yang juga merupakan ibu negeri Selangor. Pertubuhan ini telah membekalkan kotak makanan yang mengandungi keperluan asas dan makanan kering seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak dan bahan perasa seperti sos tomato dan sos cili kepada para nelayan.
Unit Nelayan Sungai Batu juga menerima bantuan tambahan dari Persatuan Nelayan Pulau Pinang dan ahli parlimen Bayan Lepas parti DAP, Azrul Mahathir Aziz yang selalunya menyumbang air mineral berbotol.
Hanya Sungai Batu menerima sumbangan kotak makanan serta air mineral, perkampungan nelayan lain tidak menerima sumbangan ini.
Selalunya kalau nelayan bercakap mengenai tsunami, mereka merujuk kepada kejadian Boxing Day Tsunami yang melanda Pulau Pinang pada 26 Disember 2004.
Mengikut kata nelayan-nelayan, kejadian tsunami ini sangat jarang berlaku dan cukup dashyat sampai dapat terbalikkan semua bot dari Sungai Batu ke Teluk Kumbar. Tsunami yang kuat sebegini, dijangka mungkin berlaku sekali setiap 80 tahun. Mujurnya, ramai antara mereka yang terselamat.
Projek penambakan laut yang kini giat dijalankan untuk membangunkan Penang South Islands (PSI) telah dimartabatkan sebagai satu projek yang penting untuk pembangunan dan transformasi ekonomi negeri dalam jangka panjang. Pada masa yang sama, ada yang berpendapat bahawa ianya mengancam amalan tangkapan hasil laut tradisional dan punca rezeki nelayan di Pulau Pinang
Nelayan Sungai Batu telah menyatakan bahawa pembuangan bahan (seperti batu, tanah, pasir dll) di kawasan pembiakan udang dan ketam yang berdekatan dengan pesisir pantai telah menyebabkan kualiti air merosot dah juga telah menyebabkan beberapa impak yang berkait:
Jumlah tangkapan, terutamanya udang dan ketam telah menurun.
Selari dengan (1), kekurangan saiz dan jumlah kawasan tangkapan ikan telah memaksa para nelayan untuk menjelajah lebih jauh untuk mencari hasil laut.
Semakin jauh perjalanan nelayan, semakin banyak beban mereka dari segi kewangan dan fizikal kerana mereka perlu mengisi minyak bot dan menyelenggaranya dengan lebih kerap.
Pukat nelayan juga menjadi kotor dan rosak lebih cepat. Ini hanya menambah beban kepada nelayan kerana mereka perlu membaiki pukat dengan lebih kerap dan menyeluruh.
Nelayan tua yang keluar seorang juga menghadapai cabaran tambahan dalam mengemudi bot bertentangan dengan ombak dan angin yang kuat yang berlaku di kawasan jauh dari pesisir pantai.
Cara negeri Pulau Pinang menetapkan sempadan kawasan tangkapan ikan dan kehidupan laut lain. Terdapat 5 zon/kawasan iaitu, Zon A, B, C, C2 dan C3. Setiap zon menandakan jarak yang tertentu dari pesisir pantai dalam unit batu nautika (NM) serta kelas bot yang dibenarkan dalam perairan tersebut. (1 batu nautika persamaan dengan 1.852 km).
Zon A (Nelayan tradisional yang berlesen): 0-5 NM
Zon B (Kapal pukat tunda): 5-12 NM
Zon C (Kapal pukat tunda): 12-30 NM
Zon C2 (Kapal pukat tunda): 30NM - Sempadan EEZ (Zon Ekonomik Eksklusif)
Zon C3 (Kapal jenis tuna long-liners): Perairan antarabangsa
Unit Nelayan Sungai Batu terdiri daripada nelayan pesisir pantai, dan tergolong di bawah kategori Nelayan Zon A.
Tema: Perdagangan, Masyarakat
Selalunya merujuk kepada pasar ikan sebelah jeti Sungai Batu. Pasar ikan adalah sebahagian daripada unit nelayan, dan berfungsi sebagai orang tengah antara nelayan dan pembeli/ individu berminat (lihat "Unit").
Pasar ikan Sungai Batu adalah salah satu pembekal tetap makanan laut ke sebuah kedai makan Nasi Kandar terkenal di Teluk Kumbar yang mempunyai 4.9 bintang.
Merujuk kepada peruntukan wang, peralatan, penambahbaikan bot dan enjin serta kemudahan lain yang diberi kepada komuniti nelayan tempatan yang terjejas secara langsung ataupun tidk langsung oleh projek penambakan laut. Pampasan ini adalah tidak berkait dengan elaun bulanan RM 300 yang diberi kepada nelayan tempatan secara tunai oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
Pada bulan Januari 2025, kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan pembayaran "ex-gratia" sebanyak RM 11.8 juata kepada nelayan yang layak dan berdaftar di bawah Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) untuk projek penambakan laut. Nelayan yang layak dibahagikan kepada dua kelompok iaitu: golongan yang menetap/beroperasi di 4 kawasan yang terjejas secara langsung (Permatang Tepi Laut, Sungai Batu, Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul) dan 5 kawasan yang terjejas secara tidak langsung (Teluk Tempoyak, Batu Maung, Seri Jerejak, Pulau Betong dan Kuala Sungai Burung).
Bagi kelompok pertama, nakhoda dan anak kapal masing-masing menerima RM 20,000, dan RM12,960. Manakala bagi kelompak kedua pula, nakhoda dan anak kapal masing-masing diberi RM13,200 dan RM 5400.
Selain itu, nelayan dari kelompok pertama juga diberi bot yang berpanjangan 27 kaki dengan enjin berkuasa kuda 90/100 serta manfaat lain seperti peluang kemasukan program latihan dan pendidikan serta peluang pekerjaan alternatif.
Tema: Perdagangan, Masyarakat
Sumber pendapatan lain yang dicadangkan oleh kerajaan. Namun demikian, kos ladang ikan agak mahal dan mempunyai banyak cabaran, terutamanya dalam mengekalkan kualiti air dan tahap oksigen, serta sumber makanan yang mencukupi untuk seluruh ladang. Setakat Januari 2025, terdapat beberapa ladang ikan yang beroperasi di Teluk Tempoyak (berdekatan Pulau Jerejak) dan di Batu Kawan (berdekatan Pulau Aman).
Reputasi ladang ikan di kalangan pembeli agak rendah oleh sebab kualiti hasil ternakan yang teruk. Segelintir nelayan pernah bercuba untuk mengusahakan ladang ikan tetapi lama-kelamaan mereka terpaksa berhenti kerana kos teramat tinggi.