Tema Perikanan disusun kepada beberapa sub-tema:
Tangkapan: Udang, Ketam, Kati.
Knowledge: Lokasi perikanan, Warisan.
Peralatan: Pukat, Enjin, Sampan.
Themes: Perdagangan, Perikanan (Tangkapan), Nilai
Udang (ataupun prawn / shrimp dalam Bahasa Inggeris) bukan sahaja tangkapan utama para nelayan, malah merupakan asas kehidupan dan identiti mereka. Secara turun temurun, para nelayan tersebut telah menjadi pakar dalam menangkap udang, yang dahulunya boleh ditemui dengan banyak. Namun demikian, jumlah udang semakin berkurangan, salah satu akibat secara langsung daripada projek-projek penambakan tanah (lihat "Penambakan").
Kebanggaan nelayan-nelayan dengan kaedah tangkapan ikan mereka yang unik dan penyediaan mereka adalah bersebab: reputasi mereka dalam menjual udang yang manis dan segar jauh tersebar, melangkaui Pulau Pinang ke pelosok negara yang lain.
Restoran-restoran Cina berlumba-lumba untuk membeli udang menjelang Tahun Baru Cina sampai menyebabkan harga naik dari RM40-60 ke RM 70-80 sekilo semasa musim perayaan.
Tema: Perdagangan, Perikanan (Tangkapan)
Satu lagi hidupan yang menjadi tangkapan utama selain udang adalah ketam yang hidup di perairan cetek dan ditangkap menggunakan tangan sahaja. Meskipun bersaiz kecil, ketam-ketam ini padat dengan isi. Namun demikian, seperti udang, ketam juga semakin sukar untuk ditangkap kerana kesan projek penambakan tanah ke atas tanah pembiakan mereka (lihat "Penambakan").
Tangkapan ikan lain yang popular:
Malong (Dagger-tooth Pike Conger, sejenis belut)
Kembong (Indian Mackerel) , juga dikenali sebagai ikan Temenung di Kedah
Gelama (Silver White Croaker)
Bawal (Pomfret)
Senangin (Threadfin)
Terubok (Chinese Herring)
Tema: Perdagangan, Perikanan (Tangkapan)
Kati adalah suatu unit timbangan berat tradisional yang digunakan oleh nelayan untuk mengukur berat tangkapan mereka. Satu kati bersamaan dengan 600 gram.
Sub Tema: Ilmu
Nelayan berpadukan kalendar islam ataupun kalendar cina untuk menentukan masa yang sesuai untuk keluar ke laut. Kalendar-kalendar ini berpandukan fasa bulan, dan dapat mengenalpasti corak pasang surut air laut serta kesannya terhadap hasil lautan yang dapat ditangkap.
Pada zaman kini, semakin ramai nelayan memilih untuk menggunakan Internet untuk mendapatkan maklumat masa nyata berkenaan pasang surut laut, menggabungkan tradisi dengan kemudahan moden
Kebiasaannya, para nelayan mengelak dari keluar ke laut dari hari pertama ke-5 bagi setiap bulan dalam kalendar Islam kerana masa itu, laut selalunya bergelora. Antara hari ke-8 hingga ke-15, laut menjadi lebih tenang, dan adalah lebih selamat untuk para nelayan. Walaubagaimanapun, semasa fasa xinyue (bulan baru) dan manyue (bulan purnama), di mana arus laut kuat, nelayan selalunya akan menunggu cahaya bulan malap sebelum keluar ke laut.
Masa yang "terbaik" untuk menangkap ikan juga bergantung kepada cita rasa peribadi. Ada segelintir suka memancing pada siang pagi, ada juga yang mencadangkan bahawa lepas solat subuh adalah masa terbaik.
Tema: Perikanan (Peralatan), Nilai
Pukat nelayan mempunyai pelbagai bentuk, saiz, warna, dan bahan yang unik untuk tangkapan tertentu. Pukat bukan sahaja merupakan peralatan memancing yang penting malah merupakan sebuah artifak budaya. Kemahiran memperbaiki dan menggunakan dengan betul adalah antara kemahiran asas yang penting bagi seorang nelayan yang berpengalaman.
Pukat/ Jala yang diguna pakai oleh nelayan kini bukan lagi buatan tempatan, tetapi diimport dari Thailand. Perkara ini telah menyebabkan kenaikan harga pukat yang signifikan, iaitu dari RM30 ke RM 160!
Pukat ketam selalunya berwarna putih manakala pukat udang berwarna hijau ataupun merah jambu. Terdapat dua jenis pukat udang, iaitu pukat tangsi dan pukat yang diperbuat dari benang. Pukat tangsi diperbuat daripada nylon dan dua kali ganda lebih mahal dari pukat benang. Pukat benang pula diperbuat daripada benang kapas ataupun poliester yang mempunnyai ciri-ciri seperti panjang, nipis dan felksibel. Benang yang sama juga diguna pakai untuk menjahit dan menenun.
Sub-Tema: Peralatan
Pihak pemaju memberikan enjin berkuasa tinggi sebagai taktik pujukan untuk mendapatkan sokongan para nelayan terhadap projek penambakan laut mereka. Pemberian enjin (dan bot) dinaik taraf itu, yang dibiayai kerajaan negeri, dilihat sebagai bukti bantuan daripada kerajaan dan sebagai penyelesaian/solusi untuk membantu para nelayan menyesuaikan diri dengan perubahan. Namun demikian, tanggapan tersebut adalah berasaskan andaian bahawa lebih banyak hasil tangkapan boleh diperoleh sekiranya pergi ke laut yang lebih dalam (lihat "Penambakan").
Setelah sekian lama, enjin berkuasa 40 kuasa kuda telah dinaiktaraf kepada model 90/100 kuasa kuda yang lebih berkuasa tinggi dan kukuh, membolehkan nelayan meneroka lebih jauh ke laut.
Tema: Perikanan (Ilmu), Nilai
Maklumat penting yang tidak dirahsiakan. Kawasan tangkapan ikan yang baik bertukar setiap hari; dan selalunya dijumpai melalui kerjasama. Para nelayan dapat dilihat berteriak dan memberi isyarat untuk menandakan bahawa kawasan tertentu mempunyai hasil tangkapan yang lumayan.
Sesetengah nelayan mengibaratkan pencarian kawasan tangkapan ikan yang bagus dengan seorang yang buta cuba mencari jalan. Mereka tidak boleh "melihat" dengan senang di mana kawasan yang produktif, malah kena mengemudi lautan berlandaskan pengalaman dan mencari melalui kaedah "trial and error".
Pada zaman dulu, tukun tiruan digunakan sebagai alat penghalang kemasukan kapal tunda ke dalam kawasan yang telah dikhususkan untuk kegunaan nelayan tradisional (lihat "Zon"). Tukun tiruan ini akan memerangkap dan merosakkan pukat tunda. Namun nelayan Sungai Batu telah menyatakan bahawa akta yang menghalang pencerobohan kapal tunda telah menjadi semakin longgar ; tukun tiruan sekarang jarang digunakan, penyitaan terbuka tidak dilakukan oleh pihak berkuasa dan kapal tunda masih dapat beroperasi walaupun telah ditahan banyak kali. Nelayan-nelayan memberitahu mereka boleh dengar bunyi enjin kapal tunda yang lebih besar dalam kegelapan waktu malam. Perkara ini menyebabkan kekurangan dalam tangkapan para nelayan tradisional pada waktu siang keesokannya.
Sub-Tema: Peralatan
Sampan atau bot nelayan bukan sahaja sekadar pengangkutan nelayan untuk ke laut, tetapi penaiktarafan saiz bot dan enjin merupakan petunjuk bahawa kerajaan sedar akan situasi yang dihadapi para nelayan dan menunjukkan kesediaan kerajaan untuk membantu golongan nelayan yang terjejas (lihat "Enjin" dan "Pampasan").
The sampan are durable (can last max. 10 years) yet expensive to maintain. They have evolved over time from wood to fibreglass, and are fitted with engines of varying horsepower capabilities depending on what zone the fishermen belong to.
Unlike the fishing nets which are sourced from Thailand, some of the spare boat parts have to be bought from Japan to maintain the sampan. Some of the fishermen have even claimed that maintaining a sampan is more expensive than maintaining a car.
Sub-Tema: Ilmu
Warisan, atau "secara turun temurun", adalah kaedah utama untuk memelihara amalan para nelayan: melalui penurunan tradisi dari satu generasi kepada generasi seterusnya mengenai ilmu menangkap hasil laut dan kemahiran yang diturunkan dalam keluarga, kebiasaannya dari seorang ayah kepada anaknya.
Walaupun agak jarang, ada juga segenlitir yang memilih untuk melibatkan diri dalam pekerjaan ini melalui perantisan ataupun mempelajari kemahiran menjadi seorang nelayan dari kawan-kawan mereka.
Sub-Tema: Orang
Tekong ialah jurumudi bot nelayan, yang bertanggungjawab untuk menavigasi, mengemudi, dan mengawal kelajuan bot.
Walaupun tekong berperanan sebagai kapten atau ketua bot, beliau juga sering turut serta dalam kerja-kerja seperti menarik pukat dan menyusun ikan, bersama-sama dengan awak-awak sebagai satu pasukan yang bersepadu rapat. (Lihat “Awak-awak”).
Para nelayan sering mengibaratkan tekong seperti pemandu lori atau juruterbang kapal terbang, manakala awak-awak diumpamakan sebagai kelindan atau pembantu juruterbang. Perumpamaan ini mencerminkan hubungan kerja di mana peranan masing-masing adalah jelas tetapi saling bergantung antara satu sama lain.
Sub-Tema: Orang
Awak-awak ialah tangan kanan kepada tekong.
Tugas utama mereka termasuk mengenal pasti lokasi untuk melempar pukat, membaling dan menarik semula umbai (span bulat berwarna putih yang terapung) dan gawaq (tiang pemberat dengan bendera), serta menggunakan robot (peranti mekanikal yang menarik pukat ke bot) untuk mengangkat hasil tangkapan.
Bot nelayan biasanya dikendalikan oleh dua orang kru: seorang tekong dan seorang awak-awak. Jika terdapat orang ketiga, mereka juga dipanggil awak-awak. Bilangan kru secara langsung mempengaruhi pembahagian hasil tangkapan harian – lebih sedikit kru bermakna bahagian yang lebih besar; lebih ramai, bahagian menjadi lebih kecil.
Umbai dan gawaq kedua-duanya dibaling ke dalam air untuk menandakan kedua-dua hujung pukat. Umbai terapung di permukaan air, manakala gawaq, dengan dasar konkrit, bahagian tengah span dan bendera di atas, berdiri tegak untuk penglihatan yang lebih jelas. Kedua-duanya membantu kru mengenal pasti dan mengangkat pukat dengan tepat, walaupun selepas berjam-jam di laut atau dalam keadaan cuaca yang buruk.