Sebagai sebahagian aktiviti komersial, Unit Nelayan Sungai Batu menawarkan potongan harga sebanyak 30 peratus atas tangkapan mereka 3 kali setahun. Promosi ini tidak terikat dengan apa-apa hari perayaan, maka dapat memberikan mereka fleksibiliti untuk mengadakan promosi tersebut pada bila-bila masa.
Apabila unit nelayan mengadakan apa-apa promosi, mereka perlu memaklumkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang merupakan agensi kerajaan yang berkaitan. Peranan LKIM adalah untuk membantu mengawal harga subsidi, dan memastikan nelayan masih memperoleh keuntungan. Disebabkan nelayan dilarang menjual ikan di bawah harga pasaran, LKIM memainkan peranan untuk memberi subsidi atas perbezaan harga tersebut kepada para nelayan, agar dapat memastikan para nelayan patuh pada undang-undang sambil mendapat keuntungan dari promosi yang mereka jalankan.
Tema: Perdagangan, Nilai
Nelayan-nelayan di seluruh negeri Pulau Pinang telah menubuhkan unit nelayan masing-masing, mengikut kawasan. Sebagai contohnya, nelayan yang memancing di Sungai Batu telah menubuhkan Unit Nelayan Sungai Batu yang terdiri daripada 50-60 ahli.
"Unit" juga merujuk kepada suatu tempat yang di mana para nelayan dapat berkumpul, berehat dan bersosial bersama-sama, serta dapat melakukan aktiviti-aktiviti santai yang lain seperti menonton televisyen, berborak, bermain dam, makan dan membaiki pukat.Ā
Unit Nelayan Sungai Batu adalah salah satu unit nelayan di bawah Persatuan Nelayan Pulau Pinang, sebuah organisasi peringkat negeri yang berperanan dalam menyatukan dan menyokong unit lain. Persatuan ini, yang juga dikenali sebagai Pen Mutiara, berfungsi sebagai kesatuan nelayan dengan mengadakan pemilihan/pilihanraya untuk melantik ahli bagi menjaga kepentingan mereka, dan juga bertanggungjawab dari sudut advokasi, tadbir urus dan kerjasama antara unit.
Semua unit mempunyai hubungan dua hala dengan persatuan negeri. Nelayan sering menjual tangkapan mereka terus kepada persatuan, dan bukan kepada pembeli lain, kerana mereka boleh menerima bonus akhir tahun dari persatuan.
Persatuan Nelayan Pulau Pinang beroperasi di bawah penyeliaan LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia), yang merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam menyokong dan mengawal kegiatan perikanan seluruh negara.Ā
Punca rezeki seorang nelayan, iaitu menangkap dan menjual ikan, membaiki jaring untuk orang lain dan penglibatan diri dalam aktiviti komuniti lain; menggambarkan betapa mereka menghargai autonomi mereka.Ā Salah satu kebaikan bekerja sebagai seorang nelayan adalah mereka boleh mendapatkan hasil setiap hari. Perkara ini membolehkan mereka menguruskan masa dan komitmen mereka mengikut keperluan masing-masing. Para nelayan boleh menetapkan sendiri bila mereka ingin berehat, makan dan keluar menangkap ikan di laut.
Ada beberapa nelayan yang mengenang balik zaman gemilang mereka, di mana mereka dapat menjual 30 kilo tangkapan mereka di pasar, dan dapat hasil untung sebanyak RM 1000 dalam sehari!
Jika hasil sesuatu hari dianggap sebagai lumayan, nelayan-nelayan akan mengadakan upacara korban yang berunsur agama sebagai tanda bersyukur.
Tema: Perdagangan, Masyarakat
Selalunya merujuk kepada pasar ikan sebelah jeti Sungai Batu. Pasar ikan adalah sebahagian daripada unit nelayan, dan berfungsi sebagai orang tengah antara nelayan dan pembeli/ individu berminat (lihat "Unit").
Pasar ikan Sungai Batu adalah salah satu pembekal tetap makanan laut ke sebuah kedai makan Nasi Kandar terkenal di Teluk Kumbar yang mempunyai 4.9 bintang.
Tema: Perdagangan, Masyarakat
Sumber pendapatan lain yang dicadangkan oleh kerajaan. Namun demikian, kos ladang ikan agak mahal dan mempunyai banyak cabaran, terutamanya dalam mengekalkan kualiti air dan tahap oksigen, serta sumber makanan yang mencukupi untuk seluruh ladang. Setakat Januari 2025, terdapat beberapa ladang ikan yang beroperasi di Teluk Tempoyak (berdekatan Pulau Jerejak) dan di Batu Kawan (berdekatan Pulau Aman).
Reputasi ladang ikan di kalangan pembeli agak rendah oleh sebab kualiti hasil ternakan yang teruk. Segelintir nelayan pernah bercuba untuk mengusahakan ladang ikan tetapi lama-kelamaan mereka terpaksa berhenti kerana kos teramat tinggi.
Tema: Perdagangan, Perikanan
Udang (ataupun prawn / shrimp dalam Bahasa Inggeris) bukan sahaja tangkapan utama para nelayan, malah merupakan asas kehidupan dan identiti mereka. Secara turun temurun, para nelayan tersebut telah menjadi pakarĀ dalam menangkap udang, yang dahulunya boleh ditemui dengan banyak. Namun demikian, jumlah udang semakin berkurangan, salah satu akibat secara langsung daripada projek-projek penambakan tanah (lihat "Penambakan").
Kebanggaan nelayan-nelayan dengan kaedah tangkapan ikan mereka yang unik dan penyediaan mereka adalah bersebab: reputasi mereka dalam menjual udang yang manis dan segar jauh tersebar, melangkaui Pulau Pinang ke pelosok negara yang lain.
Restoran-restoran Cina berlumba-lumba untuk membeli udang menjelang Tahun Baru Cina sampai menyebabkan harga naik dari RM40-60 ke RM 70-80 sekilo semasa musim perayaan.
Tema: Perdagangan, Perikanan
Satu lagi hidupan yang menjadi tangkapan utama selain udang adalah ketam yang hidup di perairan cetek dan ditangkap menggunakan tangan sahaja. Meskipun bersaiz kecil, ketam-ketam ini padat dengan isi. Namun demikian, seperti udang, ketam juga semakin sukar untuk ditangkap kerana kesan projek penambakan tanah ke atas tanah pembiakan mereka (lihat "Penambakan").
Tangkapan ikan lain yang popular:
Malong (Dagger-tooth Pike Conger, sejenis belut)
Kembong (Indian Mackerel) , juga dikenali sebagai ikan Temenung di Kedah
Gelama (Silver White Croaker)
Bawal (Pomfret)
Senangin (Threadfin)
Terubok (Chinese Herring)
Tema: Perdagangan, Perikanan
Kati adalah suatu unit timbangan berat tradisional yang digunakan oleh nelayan untuk mengukur berat tangkapan mereka. Satu kati bersamaan dengan 600 gram.