Search this site
Embedded Files
Project Nelayan Sungai Batu
  • Home
  • Articles
    • The Fishing Journey
    • Commerce
  • Map
    • Map (BM)
  • Glossary
    • Commerce
    • Fishing
    • Society
    • Values
  • Documentary
Project Nelayan Sungai Batu
  • Home
  • Articles
    • The Fishing Journey
    • Commerce
  • Map
    • Map (BM)
  • Glossary
    • Commerce
    • Fishing
    • Society
    • Values
  • Documentary
  • More
    • Home
    • Articles
      • The Fishing Journey
      • Commerce
    • Map
      • Map (BM)
    • Glossary
      • Commerce
      • Fishing
      • Society
      • Values
    • Documentary

 BM / EN 

Perjalanan Sehari Nelayan

Terakhir disunting pada 25 Mei 2025

Artikel ini menggambarkan perjalanan menangkap ikan oleh seorang nelayan Sungai Batu yang biasa, daripada persiapan sebelum mereka bertolak, ketika mereka berada di laut, sehinggalah selepas mereka pulang.

Persiapan

Bagaimanakah seseorang menjadi nelayan?


Untuk melaut dan menangkap ikan, seorang nelayan perlu memiliki lesen bot dan kad nelayan. Lesen bot memberikan kelayakan untuk menggunakan sampan, manakala kad nelayan mengesahkan mereka mempunyai kemahiran menangkap ikan yang diperlukan. Mendapatkan kad nelayan bukanlah mudah; seorang nelayan perlu menjalani temu duga dan lulus ujian. 


Secara tradisional, kemahiran menangkap ikan diwarisi sebagai budaya turun-temurun dalam keluarga, lazimnya dari bapa kepada anak lelaki. Namun, terdapat juga nelayan yang memperoleh kemahiran ini melalui latihan perantisan.


Apakah peralatan yang diperlukan oleh nelayan? 


Nelayan perlu menyiapkan pukat dan memperbaikinya agar dalam keadaan baik untuk perjalanan seterusnya. Pukat ini datang dalam pelbagai bentuk, saiz, warna, dan bahan yang sesuai untuk tangkapan tertentu. Pada zaman dahulu, pukat diperbuat daripada nilon, tetapi kini diperbuat daripada plastik yang diimport dari Thailand, dengan kos yang meningkat dari RM30 kepada RM160.

Nelayan sedang membaiki jaring sebagai persiapan untuk perjalanan seterusnya.

Peralatan penting lain ialah sampan atau bot, yang dilengkapi dengan enjin yang kini lebih kuat kalau berbanding dengan zaman dahulu, membolehkan nelayan pergi lebih jauh. Bot dan enjin juga perlu diselenggarakan secara rutin, dan nelayan juga perlu memastikan bot mereka mempunyai bekalan bahan api yang mencukupi untuk perjalanan mereka.


Bagaimanakah nelayan menentukan waktu untuk keluar ke laut? 


Nelayan merujuk kepada kalendar Islam dan Cina/Lunar untuk mendapatkan maklumat penting mengenai pergerakan bulan, pasang surut, dan pengaruhnya terhadap tangkapan mereka. Ini adalah faktor penting dalam menentukan waktu untuk keluar ke laut. Semasa hari bulan baru dan bulan penuh, arus laut kuat dan nelayan tidak keluar pada waktu tersebut.

Di Laut

Bagaimanakah nelayan mencari jalan di laut? 


Selama bertahun-tahun, nelayan telah mengumpul pengalaman yang luas melalui percubaan dan pembelajaran. Mereka tidak bergantung kepada GPS tetapi menggunakan pengetahuan serta mercu tanda seperti rumah api Pulau Rimau sebagai panduan.

Nelayan menggunakan rumah api Pulau Rimau sebagai mercu tanda.

Bagaimankah nelayan menentukan lokasi yang sesuai? 


Keadaan di laut berubah setiap hari. Pada hari-hari tertentu, terdapat lokasi tangkapan ikan yang lebih banyak hasil tangkapannya daripada kawasan lain. Bagaimana seseorang nelayan mengetahui kawasan tangkapan yang baik? Mereka berkongsi maklumat melalui mulut ke mulut. 


Apabila salah seorang daripada mereka mendapat tangkapan yang baik di satu kawasan, mereka akan memberitahu bot lain melalui isyarat tangan atau panggilan. Mereka merujuk kepada mercu tanda seperti Jambatan Pulau Pinang, rumah api Pulau Rimau, dan Pulau Kendi apabila berkomunikasi tentang lokasi-lokasi tangkapan ikan.

Peta menunjukkan beberapa lokasi menangkap ikan yang kami kunjungi bersama nelayan.

 

Kawasan menangkap ikan yang paling jauh adalah 7 km dari pantai.

video_2024-05-20_23-50-27.mp4

Para nelayan berkomunikasi antara satu sama lain dengan menjerit dan menggunakan isyarat tangan. 

Bagaimanakah nelayan menangkap ikan?


Nelayan Sungai Batu menggunakan pukat hanyut, di mana pukat tergantung secara menegak dalam air tanpa disambungkan ke dasar laut. Untuk mengelakkan pukat terperangkap di kawasan berbatu, nelayan perlu pergi jauh dari pantai.

Visualisasi kaedah tangkapan pukat hanyut (Sumber: Wikipedia)

Pertama, untuk memahami arah arus air, nelayan akan melepaskan pelampung ke dalam air dan memerhatikan pergerakannya. Tujuan mereka adalah untuk memasang pukat selari dengan arus air, agar arus menolak tangkapan ke dalam pukat.


Seterusnya, mereka akan melontar satu hujung pukat yang diikat dengan pelampung putih ke dalam air. Ketika bot bergerak, selebihnya pukat perlahan-lahan masuk ke dalam air hingga hujung pukat yang lain. Setiap pukat sangat panjang – ia sebenarnya adalah gabungan lima pukat kecil. Ini membolehkan nelayan memaksimumkan tangkapan.


Akhirnya, setelah memasang pukat, mereka menunggu tangkapan datang. Selepas sekitar 15 minit, kedua-dua nelayan akan menarik pukat. Kadangkala, mereka juga menangkap landak laut, dan mereka akan menghancurkannya dengan alat kayu rata.


Bagaimanakah hasil tangkapan nelayan? 


Namun, kaedah ini mungkin tidak lagi berkesan pada masa akan datang. Proses penambakan tanah yang sudah bermula dijangka akan mengubah ekologi dan populasi ikan di kawasan tersebut.

Peta menunjukkan lokasi kerja-kerja penambakan berbanding dengan Sungai Batu dan laut.

Warna air di luar penghalang telah berubah akibat sedimen yang bocor ke luar.

Tangkapan nelayan terjejas. Statistik dari Unit Nelayan Sungai Batu menunjukkan jumlah tangkapan turun 17.9% dari 46,220 kg pada 2022 kepada 37,934 kg pada 2023, yang bertepatan dengan permulaan kerja-kerja penambakan pada Oktober 2023. Memandangkan projek ini akan berterusan sehingga 2030, kemungkinan tangkapan akan terus merosot.


Pada Januari 2024, pasukan kami keluar ke laut bersama nelayan-nelayan Sungai Batu. Sebelum penambakan, setiap pukat membawa puluhan udang. Namun, kali ini, kami melihat mereka hanya menangkap beberapa ekor udang/pukat. Tangkapan terbanyak adalah enam ekor udang.

Pukat membawa pulangan yang kecil.

Hanya satu penyelesaian yang boleh diambil oleh para nelayan adalah untuk pergi lebih jauh ke laut. Namun, ini membawa risiko yang besar.


Pertamanya, para nelayan kini sudah pun pergi lebih daripada 7km dari pantai. Untuk mereka pergi lebih jauh lagi, ini membawa risiko yang lebih tinggi disebabkan oleh keadaan laut yang lebih bergelora, dan memerlukan bot yang lebih besar. Bot-bot yang lebih besar bukan sahaja lebih mahal – harganya boleh mencecah sehingga RM1 juta! – tetapi juga akan memaksa para nelayan untuk beralih kepada amalan yang kurang mesra alam, iaitu penangkapan ikan laut dalam.


Kedua, ini juga bermaksud para nelayan perlu mempelajari semula kawasan tersebut dan potensi lokasi-lokasi menangkap ikan. Tambahan pula, amalan penangkapan ikan di laut dalam sangat berbeza dengan kaedah menangkap ikan menggunakan pukat hanyut yang telah diwarisi oleh para nelayan sejak generasi-generasi yang lalu. Hal ini menambahkan beban ke atas para nelayan kerana mereka perlu menggunakan teknik-teknik baharu di perairan yang asing bagi mereka.

Selepas Tangkapan

Setelah membawa pulang tangkapan, nelayan menjual hasil tangkapan segar ke pasar ikan yang terletak berdekatan dengan pantai. Pasar ini dikendalikan oleh beberapa penjual yang diupah oleh unit nelayan.

Pasar Nelayan Sungai Batu

Unit ini beroperasi berdasarkan hubungan pertukaran dengan nelayan. Nelayan akan menjual hasil tangkapan mereka ke pasar, dan sebagai balasan, mereka boleh mendapatkan pinjaman wang (jika diperlukan), perlindungan, dan bonus akhir tahun.


Hasil tangkapan mereka disalurkan ke restoran tempatan seperti restoran Nasi Kandar di Teluk Kumbar, serta komuniti sekitar. Banyak masakan tempatan bergantung pada tangkapan nelayan – misalnya, udang sering dipadankan dengan sambal.


Namun, penambakan yang memaksa nelayan keluar ke laut dalam akan membawa tangkapan jenis lain yang berbeza dari tangkapan pantai. Ini mengancam masakan tempatan. Tanpa makanan laut yang sama, “rasa tempatan” mungkin berubah selama-lamanya.

Google Sites
Report abuse
Page details
Page updated
Google Sites
Report abuse