IMPAK
PENCAPAIAN HASIL AMALAN TERBAIK PERPADUAN
PENCAPAIAN HASIL AMALAN TERBAIK PERPADUAN
Secara umumnya, pendidikan boleh dibahagikan kepada kategori pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Pendidikan formal berlaku di sekolah dan institusi pendidikan manakala pendidikan tidak formal berlaku melalui penglibatan ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Perpaduan negara pula adalah salah satu daripada lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia. Aspirasi ini menekankan kepada sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.
Dalam usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid, pelbagai aktiviti dilaksanakan diperingkat sekolah bertemakan perpaduan yang menyentuh hubungan etnik dan agama dalam konteks masyarakat majmuk. Ini tepat dengan objektif khusus pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang memberi penekanan untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid.
Program Kecemerlangan Akademik yang dirancang dengan melibatkan semua pihak seperti warga sekolah, ibu bapa, komuniti dan agensi luar. Keputusan SPM menunjukkan GPS sekolah masih berada dibawah 2.0.
Program-program yang dianjurkan dibawah unit HEM melibatkan semua warga sekolah memberi impak positif dalam perpaduan di sekolah. Ini dibuktikan dengan pelaporan SSDM 2022. kesalahan salahlaku disiplin amat sikit berbanding dengan amalan baik yang dilaporkan.
Pelaporan PAJSK 2022 menunjukkan GPS sekolah berada kedudukan yang sangat baik. Ini menunjukkan murid melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti perpaduan atau pun aktiviti diperingkat sekolah, daerah, negeri , kebangsaan dan antarabangsa sehingga menyumbang kepada kemenangan.