Katalog merupakan maklumat bibliografik atau biodata diri bagi setiap bahan buku dan bahan bukan buku atau apa sahaja yang ada di dalam pusat sumber sekolah. Katalog mengandungi beberapa maklumat penting seperti nama pengarang, (penanggungjawab), judul, syarikat penerbitan, tarikh terbit serta huraian fizikal tentang bahan tersebut. Semua konsep asas untuk katalogkan suatu sumber mestilah berdasarkan buku rujukan Peraturan Pengkatalogan Anglo-Amerika atau Anglo American Cataloguing Rules (AACR) 2 2nd 1988 Revision.