ADA SOALAN ? HUBUNGI SAYA :
LANGKAH 1
LANGKAH 2
LANGKAH 3
LANGKAH 4
Cop pada bahagian dalam kulit depan buku.
Cop pada muka surat rahsia buku.
Nombor ini mesti ditulis pada bucu kanan bahagian atas buku.
Cop pada muka surat hadapan.
Mengandungi maklumat seperti:
No. Pengekelasan/No. Panggilan
No. Perolehan
Judul
Pengarang
Punca
Harga
Tuliskan maklumat bagi setiap buku dalam rekod perolehan seperti berikut:
Tarikh 5. Penerbit
No. Perolehan 6. Tahun
Pengarang 7. Harga
Judul & Edisi 8. Catatan
Masukkan maklumat buku ke dalam slip kerja.
Slip kerja ini juga digunakan sebagai 'Kad Senarai Rak'.
Butiran yang ditulis pada poket buku:
No. Panggilan
No. Perolehan
Pengarang / Judul
Hak Milik
Cara Melekatkan Poket Buku:
Lekatkan poket buku pada bahagian dalam kulit depan buku.
Pastikan Kad Buku dimasukkan ke dalam Poket Buku.
Lekatkan juga slip tarikh pulang pada muka surat yang bertentangan dengan poket buku.
Letakkan poket di bahagian belakang buku.
Masukkan Kad Pinjaman ke dalam poket.
Lekatkan slip tarikh pulangan bersebelahan dengan muka surat belakang yang berhadapan poket buku.
(Poket dan slip pulangan ditampal pada ukuran yang ditetapkan iaitu 1.5 cm).
Sekiranya kedua-dua muka surat mempunyai rajah atau tulisan, sediakan helaian tambahan (fly leaf) untuk menampal slip pulangan.
Tuliskan nombor panggilan di slip (sticker).
Lekatkan slip tersebut pada tulang buku dengan berjarak 1 inci dari bawah.