LATAR BELAKANG PPKI SMKTKU

LATAR BELAKANG PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMKTKU

Program Pendidikan Khas Integrasi SMKTKU telah ditubuhkan pada 1 Januari 1998 atas inisiatif Puan Tang Suk Peng setelah menerima arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan juga permintaan penduduk setempat. Pada awal penubuhannya hanya terdapat 1 kelas sahaja yang menempatkan 5 orang murid dan dua orang guru. Lokasi bilik kelas PPKI adalah di tingkat bawah blok B. Murid PPKI SMKTKU mempunyai kelainan upaya yang pelbagai yang terdiri daripada Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme, Attention Deficit Hyperactive Disorder( ADHD ) dan Disleksia dan lain – lain.

Bermula tahun 2008, jawatan Pembantu Pengurusan Murid mula diperkenalkan dan PPKI SMKTKU menerima empat orang PPM yang bertugas membantu guru – guru dalam pengurusan murid. Tahun demi tahun, bilangan penempatan murid PPKI ke SMKTKU semakin bertambah. Pada tahun 2021, bilangan murid PPKI mencecah lapan puluh enam orang dengan dua belas kelas, seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas, tujuh belas orang guru dan enam orang PPM.

PPKI SMKTKU telah dinaik taraf insfratrukturnya pada tahun 2016 dengan penambahan dua bilik kelas, satu bilik masakan dan satu dewan mini. Setahun selepas itu, mata pelajaran vokasional Pembuatan Roti kumpulan satu mula diwujudkan dengan bilangan murid seramai sembilan orang. Pada tahun berikutnya, mata pelajaran vokasional Asas Tanaman pula diperkenalkan yang menempatkan seramai tujuh orang murid. Sehingga kini, terdapat dua kumpulan bagi kelas Pembuatan Roti dan dua kumpulan kelas Asas Tanaman.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Program Pendidikan Khas Integrasi ialah satu program pendidikan khas yang khusus untuk MBK yang belajar di dalam kelas pendidikan khas secara integrasi di sekolah kerajaan atau di sekolah bantuan kerajaan (Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013).

Tujuan PPKI:

· Semua murid berkeperluan pendidikan Khas (MBK) berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang releven dan sesuai

· Semua MBK perlu diperkembangkan bakat dan potensi murid melalui pendidikan vokasional bagi menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan kualiti hidup.

  • Semua MBK diberi peluang untuk mengikuti Program Intervensi Awal agar tahap keupayaan mereka dapat dioptimumkan.

  • Menyediakan peluang MBK untuk mengikuti program pendidikan yang menjurus kepada peningkatan potensi sedia ada bagi melahirkan kumpulan separuh mahir dan seterusnya menjadi aset kepada negara.

  • MBK yang berpotensi seboleh-bolehnya ditempatkan secara inklusif di kelas-kelas arus perdana.

(Bahagian Pendidikan Khas, KPM)

PROFIL PPKI SMK TAMAN KLANG UTAMA

Penolong Kanan Pendidikan Khas : 1 orang

Bilangan Guru PPKI : 17 orang

Bilangan Pembantu Pengurusan Murid : 6 orang

Bilangan Kelas : 12 kelas

Bilangan Murid PPKI : 86 orang

Nisbah Kelas/ Guru/Murid

1 kelas : 1.5 orang guru

1 kelas : 6.5 orang murid

(Sumber : Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas 2014)

PENEMPATAN MURID PPKI

-Mendapat Pengesahan Pakar Perubatan

-Mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Boleh berdikari

Boleh mengurus diri

Boleh bersosialisasi

Boleh dididik

Boleh menerima latihan

TEMPOH PERSEKOLAHAN MURID PERSEKOLAHAN

Sekolah Menengah : 13 tahun hingga 19 tahun

KATEGORI MURID PENDIDIKAN KHAS (BERMASALAH PEMBELAJARAN DI SMKTKU:

Murid-murid PIPKBP smktku adalah terdiri daripada murid ;

Sindrom Down

Autisme ringan

Perkembangan lambat

Terencat akaI

Hiperaktif (Ringan)

Hypoaktif (Ringan)

Masalah Tingkahlaku (Ringan)

Masalah Emosi (Ringan)

Cerebral Palsy (Ringan)

Attention Deficit Hyperaktif Disorder

Lain-lain masalah pembelajaran