.:: SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PPKI SMK LAJAU, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN ::.
.:: SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PPKI SMK LAJAU, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN ::.
Tahniah! Selamat Kembali ke Sekolah kepada anak-anak PPKI. Selamat Datang juga bagi anak-anak PPKI yang baru sahaja mendaftar ke SMK Lajau.
Murid PPKI ditaksir melalui Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) dibawah Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Ibu bapa boleh mneyemak perkembangan murid melalui Rancangan Pengajaran Individu (RPI) yang disediakan oleh guru yang bertanggungjawab.
Semua murid berkeperluan pendidikan Khas (MBPK) berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang releven dan sesuai
Semua MBPK akan diperkembangkan bakat dan potensi murid melalui pendidikan vokasional bagi menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan kualiti hidup.
Semua MBPK diberi peluang untuk mengikuti Program Intervensi Awal agar tahap keupayaan mereka dapat dioptimumkan.
Menyediakan peluang MBPK untuk mengikuti program pendidikan yang menjurus kepada peningkatan potensi sedia ada bagi melahirkan kumpulan separuh mahir dan seterusnya menjadi aset kepada negara.
MBPK yang berpotensi seboleh-bolehnya ditempatkan secara inklusif di kelas-kelas arus perdana.
Kemahiran yang ditawarkan;
a) Kemahiran Vokasional Spesifik Asas Pembuatan Roti
b) Kemahiran Kraf Manik
**Pengenalan: Kenali Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Lajau**
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SMK Lajau adalah inisiatif pendidikan yang dirancang khusus untuk memenuhi keperluan pelajar dengan kecacatan atau keperluan khas. Dengan komitmen terhadap inklusiviti dan pemerkasaan, PPKI SMK Lajau menyediakan pendekatan pendidikan yang bersesuaian dengan keperluan individu pelajar, memastikan mereka mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti.
PPKI SMK Lajau mengintegrasikan pelajar dengan keperluan khas ke dalam suasana pembelajaran arus perdana, sambil menawarkan sokongan tambahan melalui program dan aktiviti khusus. Program ini bertujuan untuk memperkembangkan potensi setiap pelajar secara menyeluruh, dengan fokus kepada perkembangan akademik, sosial, dan emosi.
**Objektif PPKI SMK Lajau**
1. **Pendidikan Inklusif:** Memastikan pelajar dengan keperluan khas mendapat peluang pendidikan yang setara dengan pelajar lain melalui integrasi dalam suasana pembelajaran yang menyokong.
2. **Pengembangan Potensi Individu:** Memberikan sokongan yang diperlukan untuk membantu pelajar mencapai potensi penuh mereka dalam bidang akademik, sosial, dan kemahiran hidup.
3. **Kemahiran Sosial dan Emosi:** Menggalakkan perkembangan kemahiran sosial dan emosi pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang khas, yang membantu mereka berinteraksi dengan rakan-rakan dan membina keyakinan diri.
4. **Kolaborasi dengan Keluarga:** Mewujudkan kerjasama yang erat dengan ibu bapa dan penjaga untuk memastikan penyelarasan yang baik antara sokongan di sekolah dan di rumah.
5. **Pengayaan Pendidikan:** Menyediakan kurikulum yang diperibadikan dan bahan pengajaran yang sesuai untuk memenuhi keperluan pembelajaran pelajar, memastikan mereka mendapat pendidikan yang berkualiti dan relevan.
Kelas PPKI ini terletak di Bangunan PPKI yang menempatkan sebanyak 6 buah kelas di dalamnya. Kesemua MBPK kelas Begonia akan ditempatkan di bangunan ini.
Kelas PPKI ini terletak di Bangunan Bengkel bersebelahan padang sekolah. Kelas ini menempatkan MBPK dari kelas Azalea. Sebanyak 3 buah kelas diletakkan dalam bangunan ini.
Dewan mini terletak diluar perkarangan Bangunan PPKI. MBPK boleh menjamu selera di dewan mini ini sewaktu rehat.
Kolam ikan ini terletak berhadapan pintu masuk Bangunan PPKI. Kolam ini sebagai hiasan disamping menceriakan lagi Bangunan PPKI.
Dapur PPKI menempatkan tempat masakan bagi kelas yang mengambil Asas Masakan. MBPK akan mempelajari kemahiran asas masakan di dapur ini bersama guru pengiring.
Ruang legar PPKI merupakan kawasan utama untuk mengumpulkan semua MBPK. Sebarang pengumuman atau aktiviti akan dijalankan di sini.
Bengkel Asas Roti berada di bangunan bengkel bersebelahan padang sekolah. MBPK dari kelas Azalea akan menggunakan bengkel ini untuk mempelajari kemahiran Asas Pembuatan Roti bersama guru pengiring.
Terdapat dua buah bilik simpanan barang masakan seperti mixer, spatula, pengayak dan sebagainya di tempatkan disini. Kesemua barangan ini adalah hak milik PPKI SMK Lajau