TUJUAN/MATLAMAT
(1) Mendaulatkan penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan sesuai dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia;
(2) Menyatukan pendidik dan pejuang bahasa Melayu dalam sebuah organisasi terancang demi kepentingan profesionalisme keguruan;
(3) Menghimpun tenaga pakar dalam bidang pendidikan bahasa Melayu untuk menjana idea ke arah peningkatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu;
(4) Menyediakan medan / forum untuk perbincangan tentang pelbagai permasalahan berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu;
(5) Menyebarluaskan maklumat terkini dan relevan tentang perkembangan dan penyelidikan tentang bahasa dan pengajaran bahasa Melayu untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu; dan
(6) Mencari, mendapatkan dan mengendalikan harta alih dan harta tak alih di manamana sahaja dalam negara Malaysia
1. Huraian Lambang
Titisan tinta biru yang membentuk sehelai daun sireh melambangkan komunikasi dan ilmu. Gabungan tulisan jawi membentuk kaligrafi yang merangkumi huruf pa, pa, ba, mim dan mim adalah singkatan nama Persatuan yang membentuk mata pena di tengahnya bagi melambangkan kegiatan komunikasi/perhubungan.
2. Pengertian Lambang
Formasi keseluruhan logo ini membentuk simbol penghadang atau simbol pertahanan yang melambangkan matlamat utama persatuan mempertahan dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
negara.
3. Pengertian Warna
- warna biru tua melambangkan perpaduan dan keharmonian
- warna merah melambangkan semangat perjuangan dan keupayaan
- warna kuning melambangkan kreativiti dan kedaulatan