Kursus jangka pendek yang dilaksanakan di DBP yang terbuka kepada individu dan masyarakat umum:
Tarikh: Seperti yang terdapat dalam Kalendar Kursus Individu (Berbayar) 2024
Tempat: Dewan Bahasa dan Pustaka
Yuran: RM150.00 seorang/ sehari
Cara Pembayaran:
Melalui e-perolehan/Perbankan Internet/Surat Pesanan Kerajaan/cek/sebut harga ke akaun Dewan Bahasa dan Pustaka
KURSUS YANG DILAKSANAKAN PADA TAHUN 2024
Kursus yang dilaksanakan berlainan mengikut kalendar kursus akademi pada tahun tersebut hasil daripada mesyuarat penyelaras dan organisasi. Berikut kursus yang dilaksanakan pada tahun 2024 bagi kursus individu:
ANTARA AKTIVITI KURSUS YANG TELAH DILAKSANAKAN DI DALAM DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Kursus ini memberikan tumpuan pada bahan, kaedah dan pendekatan pengajaran dalam penulisan profesional dokumen rasmi. Kursus ini dilakukan selama dua hari iaitu pada 16 & 17 Julai 2024.
Objektif :
Memberikan panduan kepada pengajar kaedah dan pendekatan yang terbaik dalam pengajaran penulisan dokumen rasmi.
Meningkatkan keyakinan pengajar untuk menggunakan modul mengikut pelbagai kategori khalayak.
Menyelaraskan bahan pengajaran yang digunakan oleh pengajar.
Kursus ini memberikan penerangan tentang tatabahasa bahasa Melayu yang mencakupi kata ganda, kata majmuk, sistem ejaan bahasa Meayu dan tanda baca serta kompleksiti ayat dalam penulisan. Kursus ini dilaksanakan pada 7 & 8 Mei 2024.
Objektif :
Membetulkan kesalahan tatabahasa yang lazim dalam urusan rasmi sama ada lisan mahupun penulisan.
Menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam kalangan orang awam.
Meningkatkan penguasaan aspek tatabahasa bahasa Melayu dalam kalangan arang awam.
Kursus ini adalah pada aspek kualiti pengacara, protokol, jenis majlis dan seni bahasa. Kursus ini dilaksanakan pada 9 & 10 Oktober 2024.
Objektif :
Meningkatkan kemahiran dan keterampilan bahasa Melayu dalam penyediaan teks pengacaraan.
Membantu peserta menjadi pengacara yang baik dan serba boleh dalam pelbagai jenis majlis.
Membantu peserta supaya lebih yakin dan bersedia untuk mengacarakan majlis.
Kursus ini dianjurkan untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang teknik bercerita kanak-kanak, dengan tumpuan kepada pengenalpastian bahan cerita, teknik penyampaian, penggunaan alat bantu bercerita, dan penggunaan kostum dalam persembahan. Kursus ini terbuka untuk orang awam dan dilaksanakan pada 24 & 25 Jun 2024.
Objektif :
Memberikan ilmu pengetahuan dan kefahaman kepada peserta kursus tentang cerita kanak-kanak.
Mendedahkan para peserta kepada kaedah dan teknik bercerita kanak-kanak.
Membina keyakinan para peserta untuk menyampaikan cerita dan membuat persembahan.
Kursus ini memberikan tumpuan kepada asas cerpen, tema dan teknik cerpen, analisis tema dan pemikiran dalam cerpen serta bedah karya. Kursus ini terbuka untuk orang awam dan dilaksanakan pada 29 & 30 April 2024.
Objektif :
Memahami komponen utama sebuah cerpen yang menarik.
Membimbing peserta untuk menghasilkan karya kreatif yang bersifat progresif dan mengetengahkan persoalan baharu bersesuaian dengan keadaan semasa.
Memberikan bimbingan kepada peserta tentang cara untuk melengkapkan diri menjadi cerpenis yang menghasilkan karya yang bermutu, sekali gus meningkatkan minat membaca serta menggalakkan keintelektualan masyarakat melalui karya yang dihasilkan.
Kursus ini dianjurkan untuk memantapkan kemahiran peserta tentang kaedah, teknik dan proses pembacaan pruf yang bersistematik dalam penerbitan buku. Kursus ini ditawarkan kepada editor-editor profesional dan dilaksanakan pada 14 & 15 September 2024.
Objektif :
Mendedahkan peserta kepada kaedah, teknik dan proses pembacaan pruf.
Meningkatkan pengetahuan peserta dalam penggunaan simbol dan kod pruf.
Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta tentang kaitan spesifikasi buku, reka letak buku dan pembacaan pruf.
Kursus ini dianjurkan untuk memantapkan kaedah dab teknik penyuntingan dalam aspek atika, aspek bahasa dan pemerengganan. Kursus ini ditawarkan kepada editor-editor profesional dan dilaksanakan pada 17 & 18 Julai 2024.
Objektif :
Memantapkan kemahiran tentang kaedah penyuntingan.
Meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta tentang penyuntingan naskhah/manuskrip dan penerapan gaya penerbitan
Meminimumkan kesilapan dari segi penggunaan tatabahasa, susun atur dan reka letak bahan dan manuskrip.
Kursus ini menerangkan secara teori tentang konsep buku bergambar dan berilustrasi dan membuat latihan amali tentang teknik menghasilkan buku yang baik dan berkesan. Kursus ini ditawarkan kepada editor-editor profesional dan dilaksanakan pada 20 & 21 Ogos 2024.
Objektif :
Memberikan pendedahan kepada peserta untuk menghasilkan buku bergambar dan ilustrasi yang berkesan melalui teknik-teknik tertentu.
Membina kemahiran untuk mengenal pasti elemen visual dan naratif dalam buku bergambar, termasuk penggunaan warna, komposisi, dan perspektif dalam menyampaikan cerita dan emosi.
KURSUS DALAMAN (STAF DBP)
Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 4, Wisma DBP,
Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2147 0201 / 0220 / 0213
E-mel: akademi@dbp.gov.my