Kursus jangka pendek yang dilaksanakan di luar DBP yang diadakan di pelbagai institusi (awam dan swasta):
Jenis Kursus: Ditetapkan oleh jabatan/ agensi yang memohon
Tarikh/ Tempat: Ditetapkan oleh jabatan/ agensi yang memohon
Tempoh Kursus: 2 hari (9.00 pagi hingga 4.30 petang)
Yuran:
(i) RM3,000.00 sehari (maksimum 20 orang); dan
(ii) RM6,000.00 sehari (maksimum 40 orang)
Cara Pembayaran:
Melalui e-perolehan/Perbankan Internet/Surat Pesanan Kerajaan/cek/sebut harga ke akaun Dewan Bahasa dan Pustaka
KAEDAH PERMOHONAN
1) Mohon kursus melalui akademi@dbp.gov.my
2) Terima sebut harga daripada Penyelaras Kursus Akademi DBP
3) Dapatkan kelulusan Ketua Jabatan
4) Hantar maklumat kursus (nama, jumlah peserta, dan tempat kursus) kepada Penyelaras Kursus Akademi DBP
5) Laksanakan kursus
6) Urus bayaran kursus kepada DBP
ANTARA AKTIVITI KURSUS YANG TELAH DILAKSANAKAN DI LUAR DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Kursus ini memberikan tumpuan pada bahan, kaedah dan pendekatan pengajaran dalam penulisan profesional dokumen rasmi (surat rasmi dan minit mesyuarat). Kursus ini dilakukan di Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Melaka selama dua hari iaitu pada 23 dan 24 oktober 2024.
Objektif :
Memberikan kefahaman tentang penggunaan tatabahasa yang betul dalam penulisan dokumen rasmi (surat rasmi dan minit mesyuarat).
Membimbing peserta untuk menghasilkan penulisan dokumen rasmi yang berkesan.
Meningkatkan kemahiran dan keterampilan bahasa dalam penulisan dokumen rasmi.
Mengenal pasti kesalahan bahasa dalam penulisan.
Kursus ini dilaksanakan untuk kakitangan Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN). Kursus ini dilakukan di Balai Seni Negara, selama tiga hari iaitu pada 8 - 10 November 2024.
Objektif :
Memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada peserta berkaitan dengan penerbitan.
Memantapkan kefahaman peserta tentang kaedah dalam menghasilkan manuskrip yang baik.
Meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta tentang penyuntingan dan penerapan gaya penerbitan.
Kursus ini dilaksanakan untuk kakitangan Koperasi YaPEIM Berhad (KYB). Kursus ini dilakukan di Koperasi YaPEIM, selama dua hari iaitu pada 6 dan 7 november 2024.
Objektif :
Meningkatkan kemahiran dan keterampilan bahasa Melayu dalam penyediaan kertas cadangan.
Meminumkan kesalahan bahasa dalam penulisan kertas cadangan.
Memahami gaya penulisan laporan yang baik dan berkesan.
Menghasilkan penulisan kertas cadangan yang berkualiti.
Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 4, Wisma DBP,
Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2147 0201 / 0220 / 0213
E-mel: akademi@dbp.gov.my