PORTFOLIO DIGITAL
SIJIL ANIMASI 3D
SIJIL ANIMASI 3D
TENTANG SAYA
Assalamualaikum, saya merupakan pelajar Kolej Komuniti Besut, Terengganu yang berasal di Bukit Abal, Kelantan. Saya mempunyai pengalaman dalam produksi animasi hampir selama 8 tahun (bermula animating dalam tahun 2018) serta berminat dengan segala perkara yang berkait berat dengan animasi. Saya selalu ingin mengambil peluang untuk mempelajari dan mengukuhkan kemahiran saya dalam animasi 3D dan 2D.
RESUME 2026
HASIL KERJA TERBAIK
Video animasi SIMPLE RIGS 3D ANIMATION (https://www.youtube.com/watch?v=SkmrJBEfWMk) di atas merupakan gabungan hasil tugasan Kerja Studio I, II dan III dari kursus STD 20043 Asas Animasi 3D. Saya menghasilkan tugasan animasi ini dengan menggunakan model yang telah tersedia bagi perisian Autodesk Maya 2026. Tugasan ini dapat meningkatkan kefahaman saya dalam mengaplikasikan 12 prinsip animasi yang telah dipelajari. Saya turut menambah sedikit elemen kesan khas (VFX) dalam bentuk animasi 2D menggunakan aplikasi Adobe Animate bagi menyokong jalan cerita.