SEKOLAH KEBANGSAAN KEPALA BATAS : BELAJAR DAN BERUSAHA
TEKS UCAPAN HARI GURU : YB MENTERI PENDIDIKAN
TEKS UCAPAN HARI GURU : KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Hari Guru disambut setiap tahun pada tarikh 16 Mei dengan objektif yang berikut:
Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran di Malaysia.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
Sebagai rekod, berikut merupakan senarai tema Hari Guru bagi tahun-tahun sebelum ini :
1972 – Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973 – Kerjasama Ibu Bapa untuk Kemajuan Pendidikan
1974 – Peranan Guru dalam Zaman Sains Dan Teknologi
1975 – Guru Dengan Pembangunan Negara
1976 – Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan
1977 – Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 – Guru Pembentuk Generasi akan Datang
1979 – Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 – Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 – Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 – Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 – Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 – Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 – Guru Dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 – Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 – Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 – Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 – Guru Pembina Budaya Ilmu
1990 – Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 – Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 – Guru Cemelang Teras Kejayaan Wawasan
1993 – Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 – Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 – Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 – Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 – Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 – Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 – Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 – Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2000 – Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 – Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2002 – Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 – Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 – Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 – Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 – Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 – Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2008 – Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 – Guru Pembina Negara Bangsa
2010 – Guru Pembina Negara Bangsa
2011- Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2012 – Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2013 – Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2014 – Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2015 – Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2016 – Guru Pembina Negara Bangsa
2017 – Guru Pembina Negara Bangsa
2018 – Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
2019 – Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
2020 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
2021 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
2022 – Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
2023 – Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
2024 – Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani
2025- Guru Pemacu Reformasi Pendidikan